Assalamualaikum sahabat
Dua tiga hari ni nampak Deeja suka sangat mandi..main air. Selalunya Che Mid biarkan sekejap dalam bilik air, Deeja akan main air dalam besen mandi.
Bila keluar bilik air, selalunya dia akan suruh Che Mid cium rambut dia.." Wangi kan ibu.." Memang wangi pun..
Ini Deeja punya mandian... sabun dan shampu sekali.. memang le wangi..
![]()
![]()
![]()
![Photo: Sup ketam untuk Deeja..kalau ada unsur-unsur denggi dalam demam dia...pi jauh jauh!]()
Dua tiga hari ni nampak Deeja suka sangat mandi..
Bila keluar bilik air, selalunya dia akan suruh Che Mid cium rambut dia.." Wangi kan ibu.." Memang wangi pun..
Ini Deeja punya mandian... sabun dan shampu sekali.. memang le wangi..

Esoknya, lepas Deeja mandi, macam tu jugalah, suruh ibu cium rambut dia... memang wangi sangat..satu bilik bau wangi. Tiba-tiba ibu terfikir, " Nape kuat sangat bau nya..sedap memang le sedap.."
Masyallah!!! Tiba-tiba teringat sesuatu.." Deeja mandi guna apa tadi ?"..Deeja buat muka happy je. Bila tanya berulang kali, baru Deeja mengaku..

Deeja guna pencuci lantai ni untuk mandi!!! Siap tuang dalam besen mandi lagi tu
Memang Che Mid baru mengemop lantai bilik tidur dua hari lepas, tapi lupa simpan balik di bilik air di tingkat bawah. Baunya memang sedap dan sangat wangi, warnanya pulak cantik... agaknya Deeja ingat itu mandian ibu baru beli kut... Alhamdulillah, takde pulak dia mengadu mata pedih atau kulit gatal..

Rupa Deeja selepas mandi dengan pencuci lantai Daia...aduhaiii!
Sekarang ni Deeja tengah demam, harap-harap bukan disebabkan pencuci lantai tu..nauzubillah! dan bukan sebab denggi ke apa ke..

Buat juga sup ketam untuk Deeja, takut-takut terkena demam denggi ke.. tapi Deeja makan nasi dengan kuah sup je..Ibu yang makan isi dan lain-lainnya...ish, sapa yang demam ni???
P/s: Dalam sujud akhir kita, jangan lupa titipkan doa untuk MH370..semoga akan berakhir dengan senyuman dan airmata kegembiraan..Amiin.