Quantcast
Channel: CHE MID
Viewing all 99 articles
Browse latest View live

Aku Bukan Ustazah

$
0
0
Sesi luah perasaan ni..dah beberapa hari nak tulis tapi jadual padat. Hari ni rasa lapang sikit dan dan hati pun dah sejuk sikit..Insyaallah..

Selepas terpandang status dan gambar seeorang sahabat yang tunjuk gambar menghadiri kelas agama, rasa nak ikut kelas tu.  Memang aku tengah cari-cari kelas agama pada hari biasa sebab hujung minggu kadang-kadang tak free. Setakat ni, ada kelas pada hari Selasa dua minggu sekali di surau taman sendiri saja.

Bila sampai kelas tu, dah mula pun. Rupanya aku kenal ustazah yang mengajar Qiraati tu. Dia kata, " Ini Hamidah yang marhaban tu kan?".. Aku mengangguk senyum, rupanya aku pernah mengajar  marhaban muslimat di kawasan dia 4 tahun dulu, sebelum berpindah ke Kedah. Tapi kumpulan tu tak menjadi...Ustazah ni pun sangat aktif dalam kerja sosial dan kami pernah terlibat dalam aktiviti bersama-sama sebelum ini.

Kelas Qiraati berlangsung dengan baik, suka dapat belajar tajwid dan membaca al-Quran yang betul. Nampak gaya ustazah ni seorang yang tegas bila mengajar, tapi tak jadi masalah untuk aku.  Di tengah-tengah kelas berlangsung, tiba-tiba ustazah tu bersuara, " Saya dapat maklumat ada orang dah letak gambar saya dalam facebook. Saya tak suka. Tolong keluarkan gambar tu. Suami saya dah terjumpa gambar itu..dia ni orang IT, jadi dia tak suka gambar anak isteri dalam facebook, nanti orang boleh buat macam-macam, kalau nak taruk jugak, tunjuk saya dulu..". Sahabatku dan yang lain-lain semua membisu, tiada yang mengaku atau beri apa-apa komen pun. Aku pulak kata dalam hati, " Wah..ustazah ni, boleh tahan..".

Dan kelas berlangsung hingga tamat. Habis je, ustazah tanya aku, " Puan Hamidah, ok tak?, bacaan ok dah tu.."  Aku jawab, " Bacaan ok ustazah, tapi hukum-hukum saya tak faham lagi.." Allah bagi aku rezeki cepat tangkap apa yang dibaca, tapi susah untuk ingat hukum. Mana iqlab, mana satu wajibulghunnah dll..

Tiba-tiba sahabatku yang baik hati ni bersuara, " Ustazah, dia ni ada buat event tau, kalau ustazah nak marhaban ke, majlis apa-apa lah..boleh la panggil dia.." Wah bukan main promote pulak.. aku senyum je.Mood happy je masa tu..

Ustazah jawab, oh masih ada lagi ke kumpulan marhaban tu? Aku kata ada..

Dia kata lagi dengan nada serius dan suara kuat di depan muslimat lain, "Baik-baik ya, kalau gunamikrofon tu..suara tu aurat..bla bla bla.." Aku tak berapa ingat apa lagi yang dia kata..tapi mood sudah bertukar jadi terkejut..Akhirnya, dia kata.."sori ya"..sambil berlalu ke tempat begnya terletak. Selamba je. Aku cuma mampu tersenyum dan angguk-anggukkan kepala je sebab terkejut dan tak nak menjawab..ya lah aku kan bukan ustazah..

Tapi dalam hati kata, "Wah, macam tu je ke..." Apa yang dapat aku simpulkan, dia memang tak setuju dengan marhaban-marhaban ni..patutle kat tempat dia tu dulu tak jadi buat, walaupun dah praktis beberapa kali. (Emm, tapi panggil pulak orang datang mengajar..)

Tapi yang sikit bengang tu ialah ustazah dah cakap macam tu dengan aku depan-depan orang ramai (yang bagi aku strangers la, sebab aku kenal sahabat aku sorang tu je..) pada hari pertama aku datang kelas dia...tanpa dengar alasan atau feedback dari aku. Seolah-olah benda yang aku buat selama ni haram dan patut dihentikan serta merta. Period. Aku rasa macam ada orang lalu depan aku tiba-tiba tampar muka aku sekuat-kuatnya! Pas tu cakap,..sori ya..!

Aku rasa the only reason dia boleh buat macam tu kat orang macam aku ni ialah sebab aku ni bukan ustazah, kalau aku ustazah dari al-Azhar ke tentu dia tak cakap secara macam tu. Jadi dia ingat apa dia cakap tu aku kena telan dan ambik bulat bulat. Ya lah, sekurang-kurangnya tanyalah dulu macamana aku buat event, apa yang ada dalam event tu.. apa pendapat aku dsb sebab aku dengan kumpulan marhaban tu dah 10 tahun lebih. Sebelum tu aku join kumpulan asal yang sekarang ni ahlinya dah jadi nenek-nenek pun dan masih aktif sampai sekarang. Aku pun bukan budak hingusan umur 14 tahun yang tak pernah buat homework atau research tentang hala halal haram dan aurat ni..! Astaghfirullahal adzim!!

Sekarang aku nak komen pasal apa yang ustazah tu cakap, dia tak baca blog ni sebab tentu suami dia tak suka kan.. ha ha..

Pertama pasal gambar kat facebook tu..aku letak gambar ustazah lain ok je pun selama ni. Ketua muslimat masjid Nurul Jannah grad dari al-Azhar pun ada akaun facebook sendiri.  Siap request friend pun..takde masalah pun gambar terpampang buat ceramah atau pergi trip sana sini. Dah suami dia tak suka, janganlah nak kata orang lain letak gambar dia tu salah! Inikan zaman IT, kalau ya pun, bagi tau awal-awal..jangan letak apa-apa pun..muka dia tu eksklusif untuk suami dia je!

Ustazah Ramlah yang ajar kelas hari Selasa kat surau aku tu, selalu je rujuk contoh-contoh dari fb atau youtube..oh, ibu tunggal, dia takde suami untuk 'jaga' dia hal-hal facebbok ni..

Kedua, tentang  aurat suara..yang ni paling berat dan sebenarnya aku dah banyak kali dengar pasal ini. Disebabkan tu jugalah Farah hampir-hampir tak nak perform di majlis-majlis Yahanana Events.

Kalau nak tau, orang yang membawa aku ke dunia marhaban, berzanji dan nasyid tak lain tak bukan ialah ustaz dan ustazah. Antaranya Ustaz Makmur Hj Noor yang mula-mula ajar berzanji untuk aku bertanding mewakili kampung, masa tu aku lepas SPM. Dia pesan, jangan berhenti belajar dan jangan belajar semata-mata nak bertanding. Ni nak tanya, ada ke pertandingan yang tak guna mikrofon kalau dalam dewan? Ada juga ustaz-ustaz yang tengok, kalau tak pun jadi juri pertandingan..kan berlainan jantina? Bukan mahram lagi...camne tu, takkan ustaz-ustaz tu tak tau hukum..

Kawan-kawan marhabanku pernah tanya ustaz apa hukum guna mikrofon, dia kata, "Gunalah..biar lagi ramai orang dengar suara kita dan sama-sama mahu bersalawat dengan kita.." Sejak itu sahabatku semakin yakin bermarhaban dan berzanji..

Seorang lagi ialah Ustazah Rosnah Yasis..aku masih ingat lagi, masa mula-mula dengar aku mengaji depan dia dulu, dia kata " Sedap suara Midah.." aku senyum je...perasan sangat la kan..sebab ustazah puji la katakan. Dia kata, " Midah, cakap Alhamdulillah, ini rezeki Allah bagi.." Aku pun kata 'Alhamdulillah".  Mulai dari saat itu, aku terus belajar marhaban dan berzanji..sekarang tambah dengan qasidah dll..hingga hari ini. Aku bertahan dengan kumpulan marhaban dan lebarkan lagi dengan persembahan di majlis resepsi dan sambutan hari kebesaran Islam melalui Yahanana Events.

Aku pernah terlibat secara langsung dengan para ustaz semasa forum bertajuk " Seni dalam Islam" di Taman Tamadun Islam, Terengganu pada 2012. Ahli panel Ustaz Zul Ramli, Ustaz Zulkefli dan sorang lagi Ustaz Rozi dari industri nasyid Malaysia ni..


Ini gambarnya..


Antara isi forum tersebut aurat suara ini ialah dibolehkan untuk meninggikan syiar Islam atau menaikkan semangat pejuangan Islam. Dulu masa zaman Nabi, orang perempuan menyanyi dan bergendang ketika orang lelaki berperang untuk menaikkan semangat mereka.

Juga dibolehkan untuk meraikan hari kebesaran atau hari gembira seperti maulud Nabi atau meraikan walimatulurus.  Pada zaman Nabi dulu, ada riwayat menceritakan bagaimana satu hari Nabi Muhammad saw dan Saydina Abu Bakar berjalan pulang dari masjid selepas solat sunat hari raya. Ada beberapa perempuan muda bernyanyi-nyanyi dari tingkap rumah mereka. Apabila lalu di rumah tersebut, Saydina Abu Bakar menyuruh mereka berhenti menyanyi, tapi Nabi menaikkan tangannya seolah-olah menahan) sambil berkata, " Biarkan ... hari ini adalah hari gembira.."

Diharuskan juga selagi bukan untuk menggoda lelaki atau membawa maksiat dan kemungkaran. Jadi kalau dah kita berselawat dan memuji nabi dan rasul, apa yang salahnya..?

Untuk alat-alat muzik pulak..bertali tak bertali pun boleh dimainkan asalkan tujuannya sama seperti kat atas tadi tu. Memang dulu nabi pernah larang orang Islam menggunakan alat muzik bertali tetapi selepas beberapa lama dan atas sebab-sebab tertentu, nabi membenarkan kembali penggunaan alat muzik tidak bertali..Sama seperti hukum wanita diharamkan ke kubur, dulu nabi pernah mengharamkan tetapi kemudian nabi membenarkan semula. Nak cerita detail sangat tak pandai..kan aku bukan ustazah..jadi kalau rajin carilah dalil-dalilnya ok..

Ustaz Ashraf Imam Muda pun bercakap tentang topik ni dalam Nasi Lemak Kopi O. 

Jadi, aku berpegang dengan pendirian di atas.  Kalau ada yang tidak bersetuju tak mengapa, ini perkara khilaf sahaja. Kita boleh tidak bersetuju berdasarkan dalil masing-masing. Tetapi setau aku, dalam bab khilaf ni, kita kena hormat pegangan orang yang tidak sama dengan kita. Tak boleh paksa orang untuk ikut kita. Dan jangan nak tunjuk yang dia punya pendapat je betul dan orang lain punya macam salah sangat..depan-depan orang lain pulak tu..!

Oh ya, nak tambah sikit lagi. Dalam kumpulan marhaban aku tu ada 4 orang ustazah tau. Dua orang ustazah sekolah kebangsaan, seorang ustazah sekolah agama (isteri ketua kampung) seorang bekas pengetua sekolah agama dan pernah jadi nazir sekolah agama. Walaupun aku bukan ustazah, tapi ada ustazah-ustazah lain yang sama-sama dengan aku. Alhamdulillah..kami masih bertahan..


Panjang sangat dah ni..cukuplah dulu untuk hari ini.





Sambal Bilis Rangup

$
0
0
Assalamualaikum semua

Rasa macam malas je nak berblogging..layu je..padahal ada entri nak buat ni, rasa macam tak sesuai je...

Boleh ke Che Mid cerita pasal makan-makan... sesiapa yang tengah takde mood nak masak leceh-leceh, kat sini Che Mid letak resepi sambal bilis paling mudah. Mak Che Mid selalu buat macam ni je, kalau dah tak de lauk atau tak de masa masak beria-ia. Makan dengan nasi panas atau nasi sejuk semalam pun jaddikk!

Tapi bila Che Mid tayang di FB, ada sahabat yang tak pernah buat macam ni..siap tanya macam mana masaknya..

Bahan utamanya ialah
1)  Ikan bilis..yang kecil-kecil pun sedap juga, tapi yang Che Mid tunjuk ni, Che Mid kopek sendiri..
2)  Bawang merah/bawang besar dan bawang putih, bubuh banyak-banyak pun takpe..
3)  Cili api, nak pedas kasi lebih..kalau nak cantik sikit, tambah cili merah 2,3 biji..

Tu je pun bahannya.. tapi hari tu Che Mid terjumpa resepi canggih sikit, ada tambah perasa tomyam..jadi tambah dengan halia, serai, daun limau purut diracik halus dan kiub tomyam.

Kalau nak tambah kacang tanah goreng pun lagi sedap. 


 Cara-caranya : Goreng berasingan..ikan bilis dan kacang tanah.

 Goreng juga bawang merah, bawang putih

 Bila bawang dah layu, masukkan cili yang dah dihiris macam ni..

Kalau ikut original resepi mak, dah boleh masukkan bilis..kacau-kacau lebih kurang, matikan api. Siap!

Edisi terbaru resepi ni, tak jumpa pulak link asalnya..maaf,  masukkan hirisan daun limau purut, halia dan serai. Bila dah kering..masukkan kiub ayam..kacau cepat-cepat, masukkan bilis dan kacang.. Siap!

Ni dia hasilnya..

Ha, kalau nak tau sambal bilis Che Mid dah pun sampai ke Dubai..kawan baik Che Mid dah bawa balik ke sana.. alhamdulillah, bila sampai di sana, masih rangup lagi bilis dan kacangnya.. Jom cuba!!

Bukan Calang-calang Mandian

$
0
0
Assalamualaikum sahabat

Dua tiga hari ni nampak Deeja suka sangat mandi..main air.  Selalunya Che Mid biarkan sekejap dalam bilik air, Deeja akan main air dalam besen mandi.

Bila keluar bilik air, selalunya dia akan suruh Che Mid cium rambut dia.." Wangi kan ibu.." Memang wangi pun..

Ini Deeja punya mandian... sabun dan shampu sekali.. memang le wangi..


Esoknya, lepas Deeja mandi, macam tu jugalah, suruh ibu cium rambut dia... memang wangi sangat..satu bilik bau wangi. Tiba-tiba ibu terfikir, " Nape kuat sangat bau nya..sedap memang le sedap.." 

Masyallah!!! Tiba-tiba teringat sesuatu.." Deeja mandi guna apa tadi ?"..Deeja buat muka happy je. Bila tanya berulang kali, baru Deeja mengaku..


Deeja guna pencuci lantai ni untuk mandi!!! Siap tuang dalam besen mandi lagi tu


Memang Che Mid baru mengemop lantai bilik tidur dua hari lepas, tapi lupa simpan balik di bilik air  di tingkat bawah. Baunya memang sedap dan sangat wangi, warnanya pulak cantik... agaknya Deeja ingat itu mandian ibu baru beli kut... Alhamdulillah, takde pulak dia mengadu mata pedih atau kulit gatal..

Rupa Deeja selepas mandi dengan pencuci lantai Daia...aduhaiii!

Sekarang ni Deeja tengah demam, harap-harap bukan disebabkan pencuci lantai tu..nauzubillah! dan bukan sebab denggi ke apa ke..

Photo: Sup ketam untuk Deeja..kalau ada unsur-unsur denggi dalam demam dia...pi jauh jauh!

Buat juga sup ketam untuk Deeja, takut-takut terkena demam denggi ke.. tapi Deeja makan nasi dengan kuah sup je..Ibu yang makan isi dan lain-lainnya...ish, sapa yang demam ni???

P/s: Dalam sujud akhir kita, jangan lupa titipkan doa untuk MH370..semoga akan berakhir dengan senyuman dan airmata kegembiraan..Amiin.

Habis Dah PLKN

$
0
0
Assalamualaikum semua, apa khabar hari ni..

Semalam keputusan SPM dah keluar, maka ramailah yang sedang bergumbira ria meraikan kejayaan dan tak kurang juga yang bergundah gulana kerana keputusan tidak seperti yang diharapkan. Tapi rasanya paling ramai yang 'tak kisah' pun dengan carta slip SPM tu. Apa pun, hidup mesti diteruskan..jalan masih panjang.. ibu bapa janganlah pulak terlebih-lebih emo pulak ya. SPM bukan segala-galanya.

Faris pun salah seorang yang ambil keputusan SPM semalam, keputusan cukup makan saja. Balik je agak murung tapi malam tadi dia dan abahnya dah tengok-tengok mana-mana tempat yang layak untuk sambung belajar. Ok la tu kan, alhamdulillah.

Jom tengok gambar Faris di Kem PLKN Geo Kosmo. Dah pun tamat latihan selama 3 bulan pada 18 Mac lepas. Faris suka program ni..dia kata, " Rugi sapa tak pergi.."



Deeja paling suka cium abang Aish kuat-kuat dan lama-lama. Dengan orang lain tak macam tu. Ini gambar ziarah pertama kali selepas Faris daftar masuk. 

Che Mid paling suka program PLKN ni sebab ada percampuran dengan bangsa-bangsa lain termasuk etnik dari Sabah dan Sarawak, solat berjamaah setiap waktu dan ikut disiplin ala tentera. Memang pengalaman yang bagus kan untuk remaja yang baru lepas menghadapi peperiksaan. 

 Menyelit je...

Abang Ayan dan kawan-kawan pun ada ziarah jugak. Kiranya hampir setiap minggu jugalah kami ke sana. Jarak dari rumah lebih kurang 1 jam setengah dari Klang ke Behrang. 

Selalunya, kami ziarah hari Ahad. Tapi ada sekali tu kami pergi hari Sabtu..bawa atuk dan mak nenek sekali. Bila sampai sana, lengang..takde pelawat langsung. Ingatkan kami dah lewat sangat, tapi bila abahnya tanya pengawal.." Encik, hari melawat adalah hari Ahad sahaja".  Bolehnya tak perasan hari Sabtu bukan hari melawat.. emmmm..

Bergambar sebelum keluar kem. Kebetulan kakak Farah balik bercuti sekejap sebelum final exam, dapatlah tengok kem tu.

Tabik hormat terakhir!!


 Balik je dari kem, Faris ajak makan ke restoran faveretnya..Restoran Rimbun..tentu ikan keli sambal jadi pilihan Faris.

 Abah ambik cuti, abang Ayan je takde..kerja...


 Malamnya abang Ayan makan luar sebab siang tadi dia tak ikut sekali..kerja...Kami makan-makan di Restoran Tam Nasi Ayam, Sek 24, Shah Alam. 

Dua beradik.. baru ada masa berborak..tapi restoran tu terlalu sesak dan bising, patutnya kena ke tempat yang sedikit santai dan tak terlalu ramai orang, jadi boleh la dengar suara masing-masing.

Esok paginya, hantar kakak Farah ke terminal bas untuk balik ke Penang. Maka bermulalah adegan drama swasta...


Salam kakak....

 "Khadeeja tak nak kakak Farah balik sekolah Penang.." Tudung pun dah tak tentu arah... 


 Tengok kakak naik bas...sayu je...


 Akhirnya, berderai airmata dan menangis kuat.. Bila bas bergerak keluar dari stesen, Deeja kejar bas  tu..Jerit lagi.." Kakak!! Kakak!!..." Hai, cite Hindustan pun kalah tau..

Kakak cuti 4 hari, tapi tak cukup puas melepas rindu dengan kakak... macam tu lah setiap kali kakak balik UITM...tapi kali ni lagi teruk. Bila leka bermain, tiba-tiba berlari peluk ibu sambil nangis.." Ibu, Khadeeja rindu kakak.." Malam-malam nak tidur pun teresak-esak ingat kakak..






Aqiqah yang Meriah

$
0
0
Assalamualaikum..ahlan wa sahlan...

Bermula minggu pertama April dah... sekejap je hari berlalu. Harapan kita semoga setiap detik yang dilalui akan dipandang Allah dan Dia redha akan setiap langkah perbuatan kita, Amiin.

Alhamdulillah, syukur pada  Allah swt, dari akhir bulan Februari hingga Mac, Che Mid tak menang tangan memenuhi jemputan mengacara dan berqasidah atau marhaban. Hari ni, Che Mid nak 'cover' acara istimewa iaitu pakej :-
1)  pa sistem
2)  marhaban
3) nasyid / qasidah
4) mengacara
 untuk majlis aqiqah dan cukur jambul baby Nuradelia Arissa bt Mohd Firdaus. Pertama kali dapat tempahan sebegini dan puashati dengan hasilnya. Alhamdulillah.

 Baby Arissa dengan nenek, Puan Kaminah dan mamanya, Puan Ezzaty Asmaa.

 Pada pukul 10 pagi, kumpulan Marhaban Helwa mengambil tempat di ruang tamu untuk bertahlil, tahnik, berzanji, marhaban dan cukur jambul diakhiri dengan lagu qasidah. Tamat lebih kurang pukul 11.45 pagi.


Baby Arissa sedang di tahnik oleh nenek tersayang dengan disuap buah kurma dan air zam-zam sambil Che Mid membaca doa khusus.
 

 Bercukur jambul pula..

Antara kawan-kawan marhaban.. terima kasih semua, walaupun jadual padat kerana bertembung dengan cuti sekolah, tapi kedatangan amat menggalakkan.

Tamat marhaban, kami makan tengahari sambil pa sistem menyiarkan lagu-lagu nasyid. Pukul 12 tengahari acara nasyid dan qasidah bermula. Kumpulan nasyid Soul Brother bergantian dengan team Che Mid yang terdiri dari Che Mid, Ruzi dan Dila. 


 Kami ditempatkan di wakaf di halaman yang cantik ini... yang perempuan duduk bersimpuh. (Memang Che Mid suka duduk saja..tak perlu tunjuk fizikal sangat, yang penting suara kita dapat sentuh hati-hati yang mendengarnya terutama pujian dan selawat kepada Nabi dan syiar kebesaran Allah swt. 

Yang lelaki di berdiri di hadapan wakaf, tetamu pula duduk di bawah khemah..suasana cukup santai tetapi meriah. (Farhan tak ikut serta hari ni, sebab ada job Fotografi di Kuala Selangor..)

 Banyak lagu zikir dan qasidah yang tak berapa hafal, jadi banyak la kitab dan kertas di hadapan kami...he he. Majlis berhenti sekejap ketika masuk waktu Zohor dan bersambung kembali dan berakhir menjelang  'Asar. Antara lantunan suara yang dibawa ialah Asma ul husna, Fattabiouni, selawat, Ya Badrotim, Lau Kana Bainana dll.



Pada sesiapa berminat untuk menempah kami di Yahanana Events, hubungi Che Mid di 013-3672459 ya!




Waze, SMS, Whatsapp pada Abah

$
0
0
Lepas Maghrib, berkumpul di rumah mak. Che Mid janji nak bawa mak, abah, Cik Hanef dan Cik Siti ke Bukit Damansara untuk menghadiri majlis kenduri kesyukuran sedara mak yang baru lepas menjalani pembedahan. Mak dapat jemputan melalui sms, dan tempat kenduri bukan di rumah tapi di masjid. Kalau rumah tu, memang pernah pergi tapi masjid kawasan tu tak tau la pulak. Nama masjid tu Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Che Mid yang memandu, mak suruh abah duduk sebelah Che Mid, ..tunjuk jalan. Kalau nak tahu, abah ni jenis sangat pesimis, maklumlah dah umur 70an..malas dia nak jalan-jalan kalau tak betul-betul perlu. " Ni kalau abah, dah tak pergi dah..dah la tak tau tempat kat mana..malam pulak tu.  Mak kau la ni, sibuk sangat nak pergi jugak."

"Takpe abah, kita guna WAZE." Che Mid pun mula cari dalam waze di henfon . Tiba-tiba bunyi, Let's get started.. ha ha..abah dah mula cuak. Sambil memandu, Che Mid bagi tahu abah.." Abah tengok tanda anak panah ni..belok kiri ke kanan..." Abah jawab," Aaah, abah mana tau... dulu masa abah sekolah mana ada benda-benda ni.." Left right left right tau la..Nampak sangat dia tak nak ambik tahu pasal waze ke apa benda ke..atau dia tak berani nak ambik tau..

Bila suruh tengok papan tanda jalan pun dia kata tak nampak la..gelap la... sebenarnya memang dia tak nak fikir pun. Asek-asek cakap, kita pergi tempat lain la..makan sate la bla bla...ish ish kelakar pun ada, geram pun ada. Mujur trafik tak sesak malam tu. Muka mak semacam je...bengang kut tengok gelagat abah macam tu.

Abah dan yang lain-lain bukan main seronok berborak, Che Mid terkial-kial mencari tempat. Apa nak buat, penumpang dalam kerets semuanya warga emas..Si Waze ni pulak, mana tempat yang ada 'construction' atau lencongan mulalah gelabah, asek 'reconcile route', akhirnya kami terlajak sampai depan Istana Negara baru. Terpaksa reset Waze dan alhamdulillah sampai ke tempat dituju. Tetamu lain dah mula meninggalkan majlis...aduii..ingatkan boleh ikut sekali baca doa selamat.

Semasa di sana, mulalah Che Mid tangkap gambar. Sebelum bertolak balik, Che Mid teringat nak hantar gambar tu pada grup whatsapp adikberadik. Tunjuk lagi henfon pada abah, " Abah,.. gambar ni hantar sekali je, tapi ramai orang boleh tengok. Ini namanya WHATSAPP."

Abah jawab, " Alaaa..tu apa tu...SMS PUN TAK FAHAM-FAHAM, NI DAH WASAP PULAK." Aduii abah..abah...

Tu la dia, gelagat orang-orang tua dengan teknologi terkini. 

 



Sedang menjamah hidangan di masjid. Gambar belakang sebelah kanan tu lah Tuan Hj Jajuli, tuan rumah. Yang berbaju hitam tu Cikgu Basuni, tuan punya D Keningau Katering. Abah duduk berkemeja tangan pendek.



Isteri tuan rumah, ditengah..menggendong cucu. Hajjah Asmaramah. Suka sangat dia, kami datang juga ke majlisnya.


Balik dari Damansara, abah berkeras ajak minum. Kami lepak di kedai mamak sambil makan roti nan..sampai pukul 12 tengah malam. Nape..ingat orang muda je boleh lepak...atuk-atuk dan nenek-nenek pun mahu juga syakali-syakali..he he

P/s : Sesekali melayan mak dan abah...memang membahagiakan..Biarlah sesat barat pun takpe..Nampak abah bangga dengan Che Mid bila disebut pada tuan rumah, " Kalau tak pasal anak bawak..saya tak sampai sini.." sambil tangannya menunjuk Che Mid

Resepsi Mohd Firdaus dan Dr Shafeeka Ajla

$
0
0
Minggu lepas Che Mid mengacara di majlis resepsi anak Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Rahim bin Abu Bakar. Bertempat di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam.



Dewan dihias indah oleh Sajian D'Hidang Catering..sangat 'sweet' dengan warna yang lembut dan susunan hiasan yang tidak terlalu sesak.

Pelamin baru juga dari Sajian D'Hidang Catering. Menurut si pereka, kain latar berwarna putih dibeli di China itu dari jenis kain baldu. Bersaiz besar..sesuai untuk majlis di dewan..kalau di rumah..emm.. kat mana pulak nak letak pelamin saiz macam ni kan..kecuali kalau punya kawasan yang sangat luas.

Berbaju kemeja petak-petak sebelah kiri tulah pereka pelaminnya..dan bertudung biru gelap tu pulak tuan punya Sajian D Hidang..Puan Marshidah.

Bersiap sedia di sudut .. tunggu pengantin datang..kalau ada yang tanya Che Mid, berdebar-debar tak nak memulakan majlis?..Jawabnya... ada sikiiit nervous la..he he.

Berbaju pink tu ialah Puan Ju, mak pengantin perempuan, besan tuan rumah. Dialah yang tukang rekemen Che Mid jadi emcee. Sebenarnya, Che Mid diminta untuk mengacara di kedua-dua majlis resepsi; sebelah pihak perempuan dan lelaki. Tapi tarikh di pihak perempuan 'clash' dengan job lain. Jadi Che Mid mengacara untuk majlis pihak lelaki sahaja lah. Tahun lepas, Puan Ju pernah dengar suara Che Mid di satu majlis, tertarik katanya...tu yang dia beria-ia nakkan Che Mid. Terima kasih banyak kak, rezeki Allah beri melalui Kak Ju.


Tak lepas peluang bergambar dengan ahli muzik Istana Budaya. Che Mid berjumpa mereka semasa rehearsal di sana. Sangat baik hati dan mesra. Tak kekok pun bekerja dengan mereka ni.

Memulakan persembahan dari pukul 12.30 tengahari hingga pukul 4 petang, dengan lagu-lagu tradisional dan lagu-lagu lama permintaan dari tuan rumah.

Al-Fadhil Ustaz Amir membacakan solawat ketibaan pengantin dan doa selamat. Ustaz ini memang menggunakan suaranya untuk menarik perhatian tetamu fokus kepada doa yang dibacanya. Petugas PA Sistem pula menambah kesan bunyi menjadikan suara ustaz bergema. Doanya pula padat dan khusus untuk kesejahteraaan pengantin dan majlis yang berlangsung..tidak meleret. Hebat!!
 



 Ketibaan masuk kedua mempelai, Mohd Firdaus Dato' Rahim dan Dr Shafeeka Ajla Shaharuddin. Yang berbaju hijau itu adalah para pegawai dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah yang ditugaskan untuk menyantuni jemputan khas. Jodoh kedua pengantin tiba selepas diperkenalkan oleh kedua-dua pihak. Selepas dua bulan setengah dipertemukan, mereka terus mengikat tali pertunangan.

Pengantin diapit oleh adik-adik pengantin lelaki, Naim dan Fatin.

 Selamat pengantin baru Firdaus dan Ika..

Che Mid sedang bertugas..turut mengalunkan serangkap dua lagu "Syurga Ditelapak Kaki Ibu" dan "Kasihnya Ibu" semasa kedua ibubapa naik ke pelamin untuk menepung tawar pengantin.

Paduan suara Istana Budaya dan Bintang Klasik yang amat menarik..

Tetamu VVIP ialah adinda Sultan Selangor iaitu YAM Tengku Panglima Diraja Selangor,  YAM Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj..ha ha..(boleh tergeliat lidah menyebutnya kan..) Pertama kali Che Mid mengacara dengan VVIP macam ni. Saspen juga, takut tershashul..tapi pembantu khas YAM datang berjumpa Che Mid sebelum majlis bermula untuk periksa skrip dan tambah mana yang patut. Kertas skrip tu jadi kelam kabut jugalah dengan tambahan ayat-ayat dan istilah istana. Tapi Alhamdulillah, segalanya berjaya dituturkan dengan baik..

Che Mid diapit oleh tuan rumah, Dato Rahim Abu Bakar dan Datin Paziah.



Yang tengah tu penyanyi jemputan iaitu Cik Rashidah Abd Rahim, pemenang Bintang Klasik 2012. Suara memang lembut mendayu-dayu, memang sesuai dengan lagu-lagu irama tradisional yang dibawanya. Personalitinya juga bagus, lemah lembut dan sopan. Semoga terus menempa nama ya dik!

"Teamwork" yang bagus dari pihak tuan rumah, Istana Budaya dan pihak Dewan menjadikan tugas Che Mid menjadi mudah dan lancar. Rasa lega di hati bila esok paginya dapat mesej dari datin, " Kami sekeluarga puas hati dan t kasih."..Alhamdulillah wa syukurillah..bukan mudah nak puaskan hati orang dan bukan mudah nak mengacara majlis orang tau!

 Dua peneman setia yang nakal... Akif dan Faris...terima kasih daun keladi..lain kali ikut lagi..

Untuk tempahan, sila hubungi Che Mid di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com. layari fb Yahanana Events untuk lebih info menarik!

Agen Umrah Tipu

$
0
0
Assamualaikum semua..

Ada tak sesiapa menonton TV baru-baru ni tentang agen umrah ditangkap kerana didakwa menipu bakal jemaah? Ha, itu orang kampung I...wah, tak malu mengaku ya..

Dia tu lah yang dah hampir menipu emak abah Che Mid..dan telah pun menipu Kerol, adik ipar Che Mid dan mak dia. Dia juga menyebabkan jiran-jiran Che Mid yang beria-ia kumpul duit untuk ke Makkah terkandas. Hari ni nak bertolak (kononnya..) hari tu jugalah dia batalkan pemergian. Boleh bayangkan tak apa bakal jemaah ni rasa?

Dengan harga diwar-warkan cuma RM3900, siapa yang tak tergoda? Dia pulak orang sekampung..emak ayah dia pun sama tukang promosi. Jumpa di surau, kempen..jumpa di pasar pun kempen, jumpa di tempat orang kawen pun ajak pergi Makkah ikut pakej dia.

Tapi bila dah bayar, mula lah sandiwara siap skrip yang dia dan emak ayah dia je tahu. Kena tambah bayaran sebab harga hotel naik lah..nak dapat hotel dekat masjidil haram lah..harga tiket kapalterbang naiklah..yang orang kampung ni..pesara, orang tua dan anak-anak yang nak bawa emak ayah pergi umrah tak banyak karenah. Bayar pun bayarlah, janji dapat tengok rumah Allah.

Dari 10 orang satu kumpulan yang patut sama-sama naik kapal terbang, alih-alih 7-8 orang je naik. Yang lain tertinggal dengan alasan visa tak lepas. Tangguh ke tarikh lain. Bila dah naik muak dengan dia, nak tukar agen lain..marah-marah pulak. Minta duit balik memang takkan dapat punya.

Adik Che Mid, mulanya nak bawa mak mertua sekali, tapi bila saat akhir adik je boleh pergi. Mak mertua tak dapat visa katanya. Jadi Kerol pula mendaftar sebab nakkan juga bawa maknya ke Makkah. Akhirnya dua-dua tak dapat pergi. Duit..tak nampak bayang. Bila minta balik, macam-macam tipu muslihat diberi.

Yang kena perdaya bukan calang-calang...jiran tetangga sendiri, anak imam surau kariah sendiri..ipar duai sendiri..aduhai..

Tupai jatuh jua ke tanah. Bila cubaan menipu satu agensi kerajaan dapat dihidu, melibatkan RM200,000.00. Laporan polis dibuat dan dia ditangkap. Maknya pun ikut sama ke balai. Bila masuk TV9, ada pulak adegan pelanggan perempuan mengamuk pada si emak. " Makcik ni Islam ke ha? Cakap, makcik ni Islam ke..kenapa makcik tipu mak saya??" Aduh..satu Malaysia tengok tu makcik oii!

Bila Kerol jumpa anak dia, boleh dia kata tak kenal...Allah..Si emak pulak cakap pada Kerol, " Esok aku bayar duit kau ya.."

Betul pun. Esoknya, terhegeh-hegeh si emak datang ke rumah adik ipar bayar duit. Lusa datang lagi bayar duit mak Kerol pulak. Dengan harapan, bayar duit laporan polis ditarik balik dan anaknya akan bebas dari lokap.

Pertama yang sedihnya..pada Che Mid la..bisnes tu diterajui oleh anak beranak. Anak, emak dan ayah. Kalau kawan-kawan, atau orang luar tempat kami satu hal jugak. Macamana boleh mereka bertiga tu berpakat buat tak baik pada jiran atau pelanggan sampai tahap menipu macam tu. Memperdaya orang yang nak beribadah. Dan tambah sedih lagi kalau si anak jadi mastermind, mak ayah jadi tukang ikut. Malunya sama je kan..

Yang kedua, mangsa ialah kaum kerabat, jiran tetangga dan kawan-kawan sendiri..sampai hatinya..emaknya pesara guru, ayahnya orang kuat kariah..reputasi nama baik keluarga jatuh bagai kaca terhempas ke batu jadi nya..walaupun mungkin mereka didapati tidak bersalah di mahkamah nanti. Damage has been done!

Bukan nak buka aib orang..tapi kalau tak buka, orang lain tak tau..dan jadi mangsa pulak nanti adakah disebabkan duit, maka anak beranak tu jadi gelap mata? Semoga mereka cepat sedar dan bertaubat. Astaghfirullahal 'adzim.

P/s: Buatlah bisnes apa pun..kalau kita buat hal..kesannya mungkin lebih besar dari yang kita sangka..










Mulianya Al-Huffaz

$
0
0
Assalamualaikum semua

Petikan dari ceramah Ustazah Asni Mansur al-Hafizah di rancangan Tanyalah Ustazah, TV9 tengahari tadi. Sebenarnya Che Mid dah post di FB tapi ada yang beri pendapat supaya dibuat nota untuk memudahkan rujukan, jadi Che Mid tulis elok-elok sikit di sini. Pada ibu bakal huffaz boleh lah ambil tips di bawah ya.. happy reading!

Antara isi kandungan ceramah mengikut kefahaman Che Mid:-

1) Bertuahnya sesebuah kampung jika ada madrasah tahfiz di dalamnya. Keberkatan akan diperoleh kerana ada anak-anak kecil yang belum punya dosa tetapi belajar menghafaz al-Quran. Oleh itu, jangan di marah-marah anak-anak itu, sumbangkanlah apa yang boleh..makanan, bantuan dsb. 

2) Seorang al-Huffaz boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarga. Tika Allah memanggilnya untuk masuk syurga, anak ini akan menggunakan syafaat itu untuk membawa ahli keluarganya sekali masuk syurga bersama-samanya.

3) Orang yang tiada al-Quran dalam dirinya, umpama rumah kosong yang ditinggal. Ada anai-anai, pokok terbiar menjalar .. Maknanya, bila tiada al-Quran, unsur lain akan masuk menyebabkan kita cinta dunia dsb.

4) Jangan perlekeh para huffaz dengan alasan hafal al-Quran tak boleh cari makan. Bahkan ustazah kata, orang yang beranggapan ada yang lebih besar dari al-Quran, beristighfarlah.. kerana rezeki milik Allah dan al-Quran adalah sebesar-besar rahmat Allah. Sekarang telah terbukti bahawa seorang huffaz boleh berjaya dalam bidang lain juga. 

5) Ada beberapa cara menghafal yang diguna pakai di Malaysia seperti Saba, Mokhtar dan Turki namun menurut Ustazah apa yang penting mesti baca berulang-ulang kali dan betulkan tajwid dahulu baru menghafal. Ditakuti nanti ramai penghafal al-Quran yang huffaz tapi tajwid tak betul. 

6) Jangan paksa anak untuk jadi huffaz walaupun hasrat ibu bapa memang mahukan anak yang boleh beri syafaat dan membantu selepas meninggal nanti. Pastikan anak memang minat dan mahu jadi penghafal al-Quran dengan sediakan pendedahan awal dengan al-Quran. 

7) Jangan paksa anak tamat hafaz dengan cepat kerana tahap hafalan anak-anak berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Ada ketikanya laju menghafaz, ada masanya perlahan. Yang penting teruskan berdoa dan memujuk rayu kepada Allah agar anak mudah menghafal. Ibubapa tidak tahu macamana bertungkus lumusnya anak-anak menghafal di madrasah, dan bagaimana bertungkus lumusnya guru-guru membantu anak-anak kita menghafaz. 

8) Kelebihan al-Huffaz, antaranya boleh membantu ibu ayah di alam barzakh. Ustazah beri contoh bagaimana seorang wali bermimpi melihat suasana alam kubur. Semua orang mengais-ngais tanah mencari sesuatu tapi ada seorang tua hanya duduk diam sahaja. Bila ditanya, kenapa orang tua itu tidak seperti yang lain, orang tua itu menyuruh wali itu ke pasar dan bertemu dengan seorang pemuda yang menjual daging. Rupanya penjual daging itu adalah anak kepada orang tua tadi yang sentiasa mendoakan bapanya walaupun sedang bekerja di pasar. Rupanya pahalanya sampai kepada bapanya sedangkan orang lain mencari saki baki pahala yang dihantar secara jamak oleh orang lain. Allah...

9) Asasnya pemakanan sesuai untuk penghafal al-Quran ialah makan yang halal, jauhkan yang haram. Lebih baik jika memakan makanan sunnah.

10) Penutup : Anaknya ahli keluarga kita tidak ada yang huffaz, kita infaqkan harta ke jalan agama kerana harta itu nanti juga membeli pahala berterusan bila kita mati nanti. 

Ustazah Asni Mansur al-Hafizah..menubuhkan sekolah tahfiznya sendiri di Bangi selepas mendapati ramai anak-anak yang mengikuti kelas musim cuti sekolah berminat untuk mendalami al-Quran.

Wallahu a'lam.

Dapat Bonus Beli Jubah

$
0
0
Assalamualaikum semua..

Susahnya cari masa untuk berkumpul..jumpa kejap je pun payah..Maisng-masing ada hal.

Itulah dia yang selalu terjadi kan. Pernah tak kita kata, " Kalau plan beria-ia payah nak jumpa..kalau dan-dan tu jugak plan, eh boleh pulak.." Jumpa siang anak sekolah, jumpa petang tak sempat, nak jumpa malam suami dah balik..macam-macam hal lah.."

Che Mid dan gang marhaban pun macam tu juga.  Akhirnya, kami pakat-pakat jumpa sebelah pagi..taim sarapan. Kami 'pinjam' gerai sup tulang di hujung taman je. Gerai tu buka sebelah petang, jadi kami pinjam sebelah pagi. Jah, salah seorang ahli kami jadi keterer bidan terjun, maklumlah notis perjumpaan kurang dari 24 jam.Tengahari confirm menu, petang tu juga dia ke NSK kat pekan..beli barang.  Si Com, seorang lagi ahli, sanggup buat air minuman. 

Pukul 8.00 pagi kami dah mula berkumpul. Ahli kami yang kebanyakannya tinggal setaman, jadi memang takde masalah pengangkutan ha ha..

Ni dia contohnya..kejut anak awal sikit, kasi mandi dan datang naik kereta kecik..dah sampai ..

 Menu utama...mi kari..walaupun ada yang heran apasal sarapan pagi dengan mi kari..ah tak kira..Che Mid nak jugak. Kalau sedap, pagi ke tengahari ke, malam ke..mesti orang makan punya!

Menu lain..nasi goreng kampung dan telur dadar, tembikai, karipap, dan ada kawan-kawan yang baik juadah sendiri..meriah gak lah.. Kan Che Mid kata kami tumpang gerai orang kan.. adalah pulak hamba Allah datang ke tempat kami nak beli makanan.. ha ha..dia ingat gerai jualan kut..sian dia kan, mesti malu..

Tentu ada yang bertanya, kenapa beria-ia sangat nak jumpa ni? Sebenarnya, kami dah putuskan untuk tahun ini, setiap ahli akan dapat sedikit imbuhan dari hasil cenderahati yang diterima ketika bermarhaban yang kami simpan dalam tabung Fitrah. Kiranya, nak terima duit bonus la...tu yang beria sangat nak jumpa jugak!

Antara ahli yang hadir dan menerima bonus.. Kategori bonus dikira mengikut kedatangan..sape yang rajin ikut marhaban akan dapat lebih dari yang kurang rajin. Kategori lain yang turut diadakan ialah pembaca rawi dan doa, pembawa kenderaan dan kedatangan terbanyak.

Inilah dia ahli paling rajin!! Ada seorang lagi pemenang kedatangan terbaik tapi tak dapat hadir. Semoga terus rajin dan rajin untuk tahun-tahun seterusnya tau!

Biasalah..dah peghabih makan, baru ingat bergambo..

Che Mid dengan Azma dan Zainon...mereka berdua ni pun rajin ikut walaupun ada anak kecik. Kami memang benarkan ibu-ibu bawa anak-anak mereka ke majlis-majlis. Jadi tak payah la suruh suami jaga anak atau hantar anak ke rumah orang lain. 

Kami memang jemput para suami untuk join sarapan dengan kami. Tapi suami-suami lebih rela bersarapan sesama mereka di kedai lain. Kecuali suami Che Mid dan Deeja yang setia bersama I he he..

Disebabkan ahli pun ramai juga yang ada hal tak dapat datang, dan suami-suami pulak malu turun sama..kami panggil anak-anak yang baru lepas main bola kat padang berdekatan untuk bersarapan... rezeki jangan di tolak.. penat main bola, dapat makan free!!

Jubah muslimah pun tumpang sekaki..bergantungan di gerai Char Kuey Teow..mujur gerai tu pun tutup..Ruzi, ahli kami, memang menjual jubah-jubah ni. Ada pulak yang pesan suruh dia bawa...emm..akhirnya jadi bazar la pulak!

 Dah dapat bonus kan..apa lagi..shopping la!!

Pilih la nak saiz apa... 

Seronok kan tengok kami bermesra macam dalam gambar-gambar ni... pada sahabat yang tak join mana-mana aktiviti macam ni..tak semestinya marhaban of course..jom lah masuk. Tak rugi kita bergaul sesama jiran tetangga..sesekali melepas stress selepas bekerja sepenuh masa atau suri rumah. Macam kami ni, diam tak diam dah lebih sepuluh tahun kami aktif bermarhaban. Alhamdulillah setakat hari ni, takde pulak bermasam muka atau kecik-kecik hati..lagi rapat macam adik beradik adalah..Alhamdulillah wa syukurillah!



Badi Mayat

$
0
0
Assalamualaikum semua..

Gembiranya dapat jumpa lagi di sini. Sekarang Farah tengah cuti semester, jadi Che Mid ada masa lebih sikit untuk menghadap komputer ni, Insyaallah.

Baru-baru ini iaitu pada 5 April, persatuan taman kami mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Muslimin dan Muslimat serentak. Ustaz pembimbing ialah Ustaz Ahmad Safuan bin Md Nayan dari JAIS.

 Kedatangan amat-amat menggalakkan. Nampak tak kaki Deeja terjuntai atas riba abahnya...

 Muslimat pun ramai juga yang hadir. Bagi diri Che Mid, kali ini dah beberapa kali hadir kursus macam ni, tapi kursus yang ini paling senang Che Mid khatam. Insyaallah lepas ni, Che Mid 'berani' dan boleh bantu uruskan jenazah. (Walaupun I ni jenis lemah semangat sebenarnya..)  Tapi kena belajar juga ilmu Fardhu Kifayah ni kan, satu hari nanti ahli keluarga kita juga akan mati, (kalau tak kita mati dulu..)

Kenapa Che Mid kata kursus ni paling berkesan? Sebab ada Ustaz tak buat demo, tapi peserta dikehendaki buat sendiri demo. Dibahagi kepada 4 kumpulan, kami belajar dari memotong kain kapan hingga mengapan 'jenazah'.

 Muslimat ada dua kumpulan, muslimin pun dua kumpulan juga. Ada yang sukarela jadi jenazah, tapi rugi lah tak dapat tengok praktikal kan..sebab asek tutup mata je. Pengalaman jadi 'jenazah' mungkin dapat lah ha ha


Orang lelaki pun belajar menggunting dan mengkafan jenazah juga..

Ada beberapa info yang Che Mid belajar dari kursus kali ini dan nak kongsi pada yang belum tahu ..meh baca..


Jika isteri yang memandikan jenazah suami, maka orang lain yang layak MEMBANTU isteri ialah anak-anak kandung, anak-anak susuan dan adik beradik perempuan suami. Adik beradik lelaki tak boleh lah, sebab boleh jadi fitnah pada isteri. Jika suami yang memandikan jenazah isteri pula, maka anak-anak kandung, anak susuan dan adik beradik perempuan suami yang boleh MEMBANTU. Maksudnya, hal-hal aurat si isteri/suami yang hidup dengan bukan mahram harus diambil kira. Sepatutnya juga pihak luar seperti ajk surau/masjid hanya bertindak sebagai mentor sahaja.

Satu lagi poin menarik yang tak pernah di'highlightkan sebelum ini ialah tentang badi mayat. Kebanyakan pengurus jenazah tidak mahu sangat bercakap soal ini sedangkan soalan tentang badi banyak ditanya oleh peserta. Sila baca..


Ustaz juga berpesan, kalau boleh jangan mengurus jenazah lewat malam sekiranya kita tidak tahu latar belakang jenazah tersebut. Ilmu yang kita ada mungkin belum cukup untuk menghalang sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. 

Terima kasih pada ustaz yang sanggup mengajar kami, walaupun dalam keadaan uzur. 

Peringatan untuk diri sendiri - Mati itu pasti, alam kubur itu pasti... sudahkan aku bersedia untuk mati??? 





Duda vs Janda

$
0
0
Assalamualaikum semua..

Kisah hari ni..sepatutnya tak pelik tapi benar...fahamkan betul-betul tau!

Ada sepasang manusia, lelaki dan perempuan. Mereka ini dulunya pernah berkahwin, kemudian bercerai. Biasalah kan..ramai orang kat Malaysia yang berkahwin kemudian bercerai.

Jadi status bertukar jadi bekas isteri dan bekas suami, dan juga seorang dah jadi duda, seorang lagi dah jadi janda.

Mereka berdua ni menjalankan perniagaan menjual sate...bersama-sama...di tempat yang sama... walaupun dah bukan suami isteri lagi, tapi masih mencari rezeki bersama-sama. Kalau orang luar yang tak kenal mereka, tentu menyangka yang mereka ini suami isteri atau sekurang-kurangnya bos dan pekerja. (Info: Takde pekerja lain tau..hanya mereka berduaan je..)

Baru-baru ni, yang janda telah pun berkahwin lain..buat kenduri besar-besaran..(Che Mid pun dijemput tau...)

Dan, selepas kenduri itu sampai la ni..mereka terus berniaga sate sama-sama..together-gether....nampak elok jeeeee...

Amacam, sahabat semua..agaknya, macamana boleh jadi macam tu? Kalau kitalah yang jadi ex-suami atau ex-isteri..ndak ke buat macam tu?

Cerita dan fakta sebenar memang kita tak tahu, belum bab-bab perasaan lagi ...

Berprasangka baik lah saja kan. Kalau kita tengok mereka baik sahaja, alhamdulillah, Boleh jadi contoh dan rujukan kepada pasangan yang bergaduh sakan bila dah bercerai atau nak bercerai..wallahua'lam.


Innalillah..

$
0
0
Dua tahun lepas, seseorang telah menjumpai Che Mid di blog ini secara tidak sengaja semasa mencari info tentang tempat asal kelahirannya. Kebetulan Che Mid buat entri mengenai ziarah saudara mara sebelah abah dan beliau dapat mengecam gambar-gambar yang tersiar.

Susur galur keluarga yang jauh, dia di sebelah moyang di Johor dan Che Mid di sebelah datuk di Selangor, tidak menghalang dia untuk mendekati kami; sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh orang-orang sekarang. Sedangkan melawat sepupu sendiri pun belum tentu inikan pula pangkat 2,3,4 pupu yang tak pernah ditemui sepanjang hayat.

Tapi itulah yang dilakukan oleh dia ini.

Pertemuan pertama kami dan keluarga sebelah Che Mid adalah pada Hari Keluarga Haji Ismail pada 2012. Sejak itu, dia sering berkunjung apabila ada jemputan kenduri kendara dan memastikan kaum keluarganya juga saling berhubungan.



Gembiranya bertukar cerita, bertanya asal-usul masing-masing..subhanallah..besar pahala orang yang menyambung silaturrahim. Dia tu berada no 2 dari kiri, Azam namanya.


Lagi gambar kenangan..

Hari Ahad lepas, Che Mid dikejutkan dengan berita Azam meninggal dunia secara tiba-tiba..hanya disedari isterinya sebelum subuh. Innalillahi wainna ilahiroji'un. Allah mengizinkan Azam berada di dunia ini selama 53 tahun, meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak lelaki berumur 25 dan 10 tahun dan seorang anak perempuan yang sedang menjalani latihan praktikal di Pekan, Pahang. 

Rupanya sewaktu ibu dan anak lelakinya lena dibuai mimpi di tengah malam dia meninggal, dia menghantar sms pada anak perempuannya, " Abah sakit, nak ubat." Itulah pesanan seorang bapa kepada anak perempuan kesayangannya.


Kami memutuskan untuk menziarahi keluarga jenazah di Johor. Bertolak lewat sikit sebab ada majlis marhaban yang mesti dihadiri. Tengok dalam gambar tu, masih berpakaian sedondon marhaban kami..dek mengejar masa.

Photo: Takziah buat Puan Nafisah dan keluarga atas kepulangan suami dan ayah dikasihi Mohd Azam Sulaiman atau Ajam Jam atau Mose Azam Mose Azam  Allahumma firlahu warhamhu wa 'afihim wafu'anhu
Wajah isteri dan anak perempuan, di malam pertama tahlil arwah..kelihatan tenang, amat-amat sedih tetapi tenang dan redha. tak terbayang rasanya mengejutkan suami yang disangka tidur, rupanya telah pergi buat selama-lamanya. Pelukan dan genggaman tangan erat sahaja yang mampu diberi. 

Moga Nafisah dan anak-anak kuat menghadapi hari-hari mendatang dengan baik. Sejuk hati melihat anak lelakinya menjadi imam sewaktu solat jamaah Maghrib. Tanda anak soleh yang mendoakan arwah bapanya. Al-Fatihah untuk arwah Mohd Azam bin Sulaiman. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afini wa fu 'anhu.

Photo: Kaq Yanie kata adik ke tu.. Che Mid dan Amalina..juga pertama kali berkenalan..
Gambar ini tiada kena mengena dengan Azam, tapi orang yang hadir mengatakan kami seiras, macam adik beradik. Tak pernah kenal sebelum ini, Puan Amalina ialah seorang berbangsa Iban dan memeluk Islam apabila berkahwin dengan saudara Azam.

Photo: Kaq Yanie...gambar kita dan Amalina..
Kak Yanie, sebelah kiri sekali, juga diperkenal oleh Azam melalui facebook tapi kami hanya bertemu wajah pada hari kematian beliau. Masyaallah..

Doa Che Mid semoga Allah menerima segala amal baik arwah termasuk diberi ganjaran kerana menyambung silaturrahim yang semakin menjauh antara saudara mara di Johor-Selangor. 

Moral of the entry : Jadilah orang yang menyambung silaturrahim kerana ia melebarkan pintu syurga, dan jangan sekali-kali jadi orang yang memutuskan silaturrahim kerana neraka adalah tempatnya. Pada sesiapa yang bergaduh lama, terutama dengan adik beradik dan keluarga, cari jalan berbuat baik secepat mungkin kerana mati tidak boleh ditunda. Wallahu a'lam

Maaf le ye tuan rumah..

$
0
0
Assalamualaikum semua

Che Mid tak berapa sihat hari ni. Dari pukul 5 pagi tadi bersin dan selsema. Baru je makan ubat, nak tidur kejap lagi. Tapi sebelum tu nak gosip sikit ni...jarang Che Mid gosip tapi harap-harap gosip ni jadi bahan untuk sesapa yang mahu berfikir..he he

Alkisah seorang al jiran Che Mid yang duduk sederet. Ada la dua-tiga tahun pindah ke situ. Betul-betul sebelah rumah adik Lina. Masa baru-baru pindah dulu, dah tak kawan dengan adik Lina. Tak tau apa hal tak..tak nak bertegur sapa langsung..padahal adik Lina suami isteri baik dan rapat dengan tuan rumah sebelum tu. Sampailah hari tak bertegur langsung. Tahun lepas orang tu buat kenduri kawen, adik Lina tak dijemput langsung, sampaikan masa hari kenduri tu adik Lina kena 'outstation' nak jauhkan diri dari rumah kenduri. Ya lah,  jiran tetangga lain dijemput, dia tidak...

Kali ni orang tu nak buat kenduri lagi. Hari ni, Sabtu. masak-masak..esok hari kenduri buat di dewan. Masa hari biasa tak nak bertegur sapa dengan orang..bila kita lalu lalang depan rumah, buat tak tau je..kalau ada pun senyum macam nak tak nak. Tapi bila nak buat kenduri, boleh pulak pesan pada orang suruh rewang (tolong-tolong). Beria-ia pesan pada hamba Allah tu suruh jemput orang taman untuk rewang..tuan punya badan tak mau pulak buka mulut. Alasannya, " Malulah, seganlah..sakitlah..tak sihat kena buatan oranglah.." 

Serba salah si tukang menjemput dibuatnya. Yang dijemput lagi le rasa malas nak rewang.. oh, bila time minta tolong baru cari orang ya..tu pun melalui orang tengah..mana aci!!

Che Mid saja tanya pada Ustazah masa pengajian Selasa lepas. Ustazah kata, " Boleh kalau nak pergi atau tak nak. Kalau nak pergi, niatkan semoga tuan rumah dapat hidayah dan mahu berbaik-baik dengan kita."

Kabarnya, hari ni ramai jiran yang ada hal dan dah keluar rumah awal pagi. Che Mid pulak memang ingat nak pergi, ikut cakap ustazah..berlapang dada dan harap orang tu akan berubah nanti. Tapi dah demam selsema...takkan nak potong bawang sambil lap hinguih..nampaknya rewang dalam mimpi je la kejap lagi... 

Maaf le ye tuan rumah...Allah memang tak izin saya ke rumah awak... 


P/s : Senyum dan beri salam lah pada jiran..tak luak apa pun..pahala lagi ada!!


Bertemu Singapura di Kajang

$
0
0
Assalamualaikum ya akhi ya ukhti

Rezeki..Allah anugerahkan Che Mid dan keluarga berjumpa dan bersilaturrahmi dengan ramai orang.  Kalau entri sebelum ini Che Mid ramai saudara semasa menziarah jenazah Arwah Azam Sulaiman (saudara sebelah abah), malam minggu lepas kami dijemput ke Kajang untuk bertemu dengan sepupu sebelah suami. Ada yang dah 30 tahun lebih tak jumpa, sejak zaman student dulu...



Photo: 1st family udah sampai...:-)  #cuzziescatchupgath
Tuan rumah, abang Sham dan isteri, kak Milah dah bertahun-tahun menetap di Kajang. Baru je pindah ke rumah baru di Taman Ramal Suria. Adik-adik abang Sham, abang Badin dan Fauziah pulak datang menziarah dari Singapura. Jadi kami dijemput sekali untuk berkumpul sambil makan-makan. Dalam gambar kat atas tu, adik Che Abang, Acam dan keluarga yang pertama sampai.

Photo: 2nd family's arrival..  ;-) #cuzziescatchupgath  #atKajang 
Famili Che Mid yang kedua tiba.. berpeluk sakan dua sepupu yang dah 30 tahun lebih tak jumpa.. tapitak sempat snap gambar..kalau pompuan mau nangis-nangis..Dulu kecik-kecik selalu main sama-sama bila abang bercuti ke Singapura...mak mertua dulu membesar di Singapura dan sampai sekarang ni kaum keluarga ramai di sana. Khabarnya dah generasi piut miut dah..Che Mid je takpernah jejak Singapura 

Abang pernah bercerita kecik-kecik dulu balik Singapura naik keretapi dari Lipis, Pahang. Bawa bekal macam-macam tapi yang paling dia ingat bekal telor rebus. Semasa di sana, suka makan lontong. Tu yang bila kawen dengan I (kan Jowo)..suka sangat makan lontong..he he..



Photo: ...3rd family safely reached :-) #cuzziescatchupgath  #atKajang
 Famili Alang datang lewat sekali sebab baru balik dari hadir ke majlis konvo Atiq di MSU. Datang lewat tapi siap bawa kambing panggang... Che Mid kuih frozen je..gambar blur semacam sebab Fauziah ambik kandid je..



 
 Deeja suka dapat jumpa Azyan... sehari sebelum tu jari kaki Azyan terlanggar  pintu, luka teruk gak kuku kakinya, sampai ke bawa ke hospital.  Bila Deeja tau, menangis dia.." Khadeeja sedih...kalau Azyan mati nanti Khadeeja tak de kawan..." Ke situ pulak dia...aduii..

 
 Tuan rumah (berkupiah) ajak kami lepak di belakang rumah.. tentulah sate Kajang jadi menu utama..



Puan rumah, kak Milah (duduk, bertudung ungu) yang sangat peramah..eh semuanya peramah la..baru jumpa pun dah macam kenal lama... riuh rendah rumah abang Sham tu. Keluarga di Singapura pulak 'tengok' kami melalui facebook. Apa kami buat dan apa kami makan menjadi sasaran kejelesan tak bertepi he he. Fauziah (bertudung biru) 'update' gambar-gambar on the spot..


 Anak-anak dara berpangkat sepupu dan dua pupu..

 
Si macho-macho dan si tembam gebus


 Oii..kamera siniiii! 


Kat mana-mana pun boleh borak... atas tangga  pun jadik!

Sebelum balik...sekali lagi berposing..bukan senang nak jumpa kan..


28 orang dalam satu rumah...KECOH!!

Sibuk berbual panjang dan makan-makan, tak sedar dah pukul 1 pagi...itulah indahnya bila persaudaraan di pupuk... semoga terus bertaut sampai bila-bila. Amiin.

Zam zam ala kazam

$
0
0
Assalamualaikum semua..

Laaa..dah 8hb Mei..satu entri pun takdak lagi ni..sibuk apa ntah Che Mid ni ya..

Gambar kat bawah ni dah lama tepek kat sini, tapi tulis-tulis tak dan bubuh...jom tengok apa diaaa..

Sebenararnya ni kisah kami makan-makan sempena harijadi Che Abang (26/3), Lina tunang Ayan (1/4), Farah (6/4) dan Faris (9/4). Baru sempat selebret sebab tunggu kuorum cukup.  Cadangnya nak bawa mereka makan buffet di Hotel UiTM tapi tak sempat, akhirnya kami ke Restoran Zam Zam sahaja.




 Sakit mata, pagi-pagi tengok gambar kami berduaan.. sebenarnya kami dah jarang bergambar berdua. Macam dah tak romantik gitu kan...


Bakal mak mertua dan bakal menantu, Insyaallah..tunggu jemputan nanti ya kawan-kawan tersayang. Lina ni memang sangat simple..mekap pun tak mau..nanti kita make-overkan dia naaaa...

Dua beradik, sorang baru balik PLKN, sorang baru balik UiTM..besar dah anak-anak ibu, kejap je..Allah, Subhanallah...terbayang-bayang lagi sakit dan kelam kabutnya melahirkan dua orang cayang bucuk ni..

Farhan dan tunang..

As usual, budak paling menyibuk kat seantero dunia...

Che Mid dan Che Abang dah dua, tiga kali makan di restoran Zam Zam ni, tapi yang lain tak pernah. Jadi anak-anak terkial-kial la nak meng imajin kan rasa masakan tu. Tengok Deeja, ceria sungguh ..buka selipar dan posing bukan main lagi..


Al kebab al kambing laaaa...



Meat ball kesukaan Che Mid..

Lempeng Arab.. liat sikit..kalau pakai gigi palsu kena ati-ati..kih kih

Sup cendawan dan sup ayam..boleh tahan..

 
Spaghetti yang tak boleh dihabiskan, tak berapa kena dengan selera kami. Terlebih minyak atau lemak kut..Che Abang oder stew kambing, pada dia sedap rasanya tapi pada Che Mid baunya agak kuat..gambar entah mana entah..


Sesi membuli..semua orang diwajibkan minum kopi Arab yang pahit dan berempah tuu..yang lelaki memang tak boleh telan termasuk Abahnya pun.

Bergambar sebelum balik. Masa ni restoran dah kosong... jadi kedai tu kami yang punya laaa. Deeja!! Awat buat muka macam tuu..!


Ya Allah, kurniakan aku, keluargaku dan semua yang membaca blog ini rumahtangga yang sakinah mawaddah wa rohmah. Aamiin Ya Robbal 'alamiin.



RM50 x 8 je

$
0
0
Assalamualaikum semua!!

Rasa-rasanya entri blog ni asek borak pasal makan-makan dan ziarah sedara mara je. Hari ni pun tajuk yang sama juga. Jadi dinasihatkan kepada sesiapa yang lapar, sila makan dulu kenyang-kenyang baru baca entri ni k..Penyakit malas mengedit gambar pun tengah menyerang ni, jadi main tepek je seadanya..

Che Mid dan  adik beradik dah pun selamat buat makan-makan selepas berbincang-bincang dan berbahas-bahas di wassap. Akhirnya rumah Che Mid jadi tempat untuk dipenuhi asap BBQ pada Sabtu 10 Mei lepas. Kebetulan sempena Hari Ibu pun kan..

Setiap keluarga bayar RM50 x 8 keluarga, jadi RM400..lebih dari cukup...kalau makan di luar alahai tak tahu le berapa harga untuk lebih kurang 20 orang dewasa dan beberapa kanak-kanak..

Terima kasih pada adik Lina dan suami yang jadi ketua Chef, pagi-pagi suami isteri tu dah ke pasar Klang dan Tesco untuk membeli apa yang patut. Sampai rumah Che Mid, dalam pukul 10 pagi, terus berperang di dapur sampai petang...




Udang ni berharga RM50 lebih sekilo...



Sotong




 
Ketam



 
Ikan jenahak gedabak..2 ekor

 
 Paha dan kepak ayam - dah dilulur dengan perapan

 
Kentang rebus...abaikan periuk I yang tak berkilat tu ya..tu tandanya tuan rumah tersangat rajin memasak tau

 
 Rempah untuk sambal ikan bakar ala-ala Tasik Raban..



Taiko sotong, adik Lina..yang kepala senget Imi, adik Che Mid sorang lagi..


Acik si tukang perap ayam dan buat sambal asam..

Sebelah petang, dekat-dekat pukul 6 gitu, orang lelaki pula take over untuk buat api dan sesi bakar membakar pun bermula lah..


 Brown sauce in the making - tambah cendawan dalam tin. Memang syok sangat dapat masak sendiri dengan bantuan chef google. Puas makan, boleh tapau bawa balik lagi..




Salad vegi - makan dengan mayo dan seribu pulau..




Ini hasil dari rebusan kentang tadi...mashed potato... 



 Ayaq asam..air tangan Acik..


Sambal kicap - air tangan adik Nor


Potongan buah lai dan epal merah dan ditabur dengan hirisan jeruk kulit limau..pastu tabur ais batu kasi sejuk..untuk desert.




salad buah pun ada..

 
My all time favourite.. ketam masak lemak..
\
Hasil pembakaran orang lelaki di luar rumah..



 Kambing - perapan dibuat oleh adik ipar Che Mid, Khairul..memang sedap walaupun gelap..


Udang bakar yang disapu marjerin je..




Paha ayam yang gebu-gebu diatas pembaringan..



Sotong bakar yang sangat-sangat segar dan sedap. Takde perap pun cuma dicelup dalam baki perapan ayam sebelum dibakar. Bakar pun kejap je tau..untuk elak sotong jadi liat..

Waktu Maghrib je, kebanyakan yang lelaki ke surau dan yang perempuan bersolat jemaah di rumah, Farah jadi imamah. Memang seronok berkumpul adik beradik, solat sama-sama dan doa sama-sama. Walaupun asap sibuk masuk ke rumah he he..

Psst, ada yang tak mandi dari pagi dengan alasan sahihnya, " Ala, kalau mandi pun badan bau asap lagi .."



Ini atas pinggan Haziq, anak buah Che Mid... 



Ini Che Mid punya.. salad dan mashed potato, kat balik dedaunan tu ada wedges yang adik Ain bawa dari rumah. Oh ya, Time acih pada adik Ijam dan Dila yang sponsor minuman sejuk, lemon campur asam boi..lupa la pulak snap gambo!!

 
Ini pinggan sape ntah..korang punya ke?

Cik Anjang memimpin barisan pemanggang..

 
Melayan abah makan, dia tetap nak nasik jugak..tekak orang tua kan...takdenya western western bagai..

 
Satu emak (kiri sekali), lima beradik dan satu ipar..semua tinggal berdekatan..

 
Si bongsu ni je tinggal jauh sikit..baru sampai dari Sepang..melantak udang...



Dua beradik lagi..dah puas makan, tengok bola Pahang lawan Selangor..



Anak-anak buah bertaburan...




Deeja pun bersemangat makan..


Che Abang tengah mengintai jiran sebelah rumah. Adik Nor dah standby dengan penuh pinggan kanan dan kiri..maaf le ye kak Idah, asap kita menyeberang ke sebelah, lain kali akak bako membako kita pun kena gak asap nya kan..

Ada sesapa lagi nak Che Mid anto sepiring dua???







Rumah Kena Banjir, Jadi Emcee Jugak

$
0
0
Assalamualaikum semua!!

Sabtu 17 Mei 2014.

Che Mid dan Che Abang bersarapan pagi. Dia beli nasi lemak dan kuih muih untuk santapan pagi sang isteri yang akan mengacara tengahari nanti. Di luar hujan mencurah-curah, mujur nanti majlis dalam dewan, tak lah risau kuyup kena hujan.

Lepas sarapan, Che Mid bergegas naik atas, untuk bersiap. Solat Dhuha dan menggosok baju.  Tak lama lepas tu, Deeja masuk bilik termengah-mengah, " Ibu, rumah kita masuk air hujan..kat dapur.." Che Mid ingatkan sikit je...teruskan bersiap.

Bila Che Mid turun je..

 
Ini pandangan dari tangga...Alhamdulillah, rumah dua tingkat.. air menderu masuk dari pintu depan dan pintu dapur. Dah di sendal dengan kain dan tuala pun tak berjaya menghalang air masuk.

Suasana dari jalan besar..jalan dan longkang dah tak nampak..Rumah Che Mid adalah rumah tepi, maknanya paling dekat dengan longkang. Jadi kalau banjir, rumah Che Mid yang kena dulu...Allah..


Alhamdulillah, air yang menderu itu bukan air lumpur...cuma air hujan bercampur dengan daun-daun kering..



 
Pandangan dari atas..laman tempat sidai kain..

Kalau sahabat semua jadi Che Mid, boleh bayangkan apa yang Che Mid rasa.. kita dah bersiap nak keluar, tiba-tiba rumah jadi macam ni... mahu tak mahu, terpaksa Che Mid 'buat tak tahu' sekejap..
Pergi juga dengan Farah dan Faris..Che abang dan Farhan dan Deeja tukang sibuk di rumah buat kerja pembersihan..

Kami keluar rumah mengharung banjir, masuk ke kereta dengan memakai selipar, lepas tu singgah di stesen minyak untuk cuci kaki, lap kaki dengan tuala baru boleh pakai kasut.

Sampai di Zam Zam Grandballroom Shah Alam, 'shut down pasal banjir, fokus untuk event pulak. Amanah orang, jadi kena buat yang terbaik".

Cabaran menanti. Pa Sistem tak set up dengan betul. Berdengung sana sini..sampaikan Farah tak berani 'on' mikrofon'. Dewan tu pulak tak siapkan juruteknik untuk handle pa sistem. Nasib Che Mid ni emcee yang memang ada pa sistem sendiri.  Dah siap-siap bawak mikofon sendiri. Tetamu dah mula datang, sistem bunyi tak ready lagi. Akhirnya masalah selesai walaupun hati ini tak puas hati..

Che Mid nak beri pendapat kat sini, jika ada pembaca yang ingin menempah dewan untuk majlis persandingan...elakkanlah.. tak berbaloi RM30 seorang tapi pihak pengurusan tak mesra alam. Boleh ke beri alasan.." Kami ada dua cordless mic, tapi satu je boleh guna. Satu lagi problem..tapi kalau nak guna jugak..bolehlah saya bagi.."  Tuan rumah pulak, jenis lembut hati ..ikut je ..Kalau Che Mid, " Saya bayar awak tau, jadi awak kena bagi apa saya nak. Kalau dah tau mik tu rosak, baikilah..atau carik ganti ke apa ke..kalau tak, saya potong bayaran.."

Tuan rumah pulak, jemput kumpulan Qasidah..dah tentu-tentu nak guna banyak mikrofon. Orang dewan tu boleh kata, " Dewan di mendap (tak faham apa maksud mendap tu..)  tak perlu guna banyak mic." Logiknya, 15 orang qasidah takkan nak guna satu mic je...

Alla kulli hal, masalah selesai dengan cara kami sendiri... sebab PIC dewan sibuk di kitchen. Kami susun balik kedudukan speaker dll..Tuan rumah pun dah terkata apa dah..janji ok sudah..

 
Yahanana Events team..


Pengantin baru - Cik Nur 'Athiqah dan En Hafizul

 Sangat-sangat suka dengan pasangan ini. Mereka tak bersanding 'persay'..masuk sahaja ke dewan terus duduk di meja makan beradab. Selepas doa selamat, terus makan-makan. Sementara kumpulan qasidah buat persembahan, pengantin keluar sekejap untuk solat zohor dan masuk ke dewan kali kedua untuk acara seterusnya.  Barulah duduk di pelamin untuk sesi bergambar. 

Ini pengalaman kedua Che Mid berhadapan dengan pengantin yang mementingkan solat...Subhanallah. Semasa perbincangan, pengantin kata, "Saya akan cuba sedaya untuk jaga wudhuk dari rumah dan solat dengan pakaian pengantin sahaja. Takut tak sempat nanti, sebab lepas majlis akan terus ke 'outdoor shooting'." Jadi Che Mid bantu susun acara supaya nampak teratur.. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

 
Anak-anak tahfiz dari Sungai Serdang, Kapar. Bersiap sedia atas karpet..kejap lagi nak terbang macam zam zam ala kazam he he..

Pada Che Mid, oleh kerana mereka duduk bersila, sepatutnya duduk atas pentas supaya tetamu boleh nampak dari jauh. Kalau tak pun duduk atas kerusi..mudah untuk ambil gambar atau video. Bila duduk atas lantai macam ni, tetamu pulak berkerumun untuk ambil gambar, laaa.. sian yang belakang-belakang tu ..penat hulur leher, tak nampak gak.. apa pun, persembahan yang baik..

Si bujang-bujang ni pun ikut duduk berderet meraikan qasidah. Masing-masing angkat tangan menggayakan lagu Yahanana..tambah-tambah meriah!! Che Mid dan Farah juga menyampaikan beberapa qasidah dan nasyid seperti Law Kana Bainana, lagu Fattabiuni dan qasidah Ya Imama Rusli..


Tamat persembahan qasidah, pengantin masuk semula ke dewan untuk acara memotong kek. Lepas tu, Che Mid minta pengantin fokus perhatian pada skrin, terpinga-pinga kejap pengantin..sebenarnya adik-adik pengantin buat kejutan dengan tayangan video. Kedua pengantin nampak gembira dan terharu sampai keduanya menangis. Kelam kabut pengapit cari tisu.


Kelakarnya, pengantin lelaki pun tak dapat tahan perasaan..he he

Kemudian, barulah pengantin duduk di pelamin untuk acara bersalaman dan sesi bergambar. Seperti biasa, Che Mid nyanyikan lagu Kasihnya Ibu bila ibu ayah bersalaman, dan Syurga itu di telapak kaki ibu semasa mak mertua naik ke pelamin. Maka berlaku lagi sesi syahdu sehingga airmata mengalir. Sapa yang dah kahwin akan tahu bagaimana perasaan melihat anak bersanding atau berkahwin. Gembira dan sayu bercampur baur..


Gambar khas untuk kami..Tengok tu, Faris dan Farah perasan jadi pengantin pulak ke..bukan main lagi tangan tu..he he..alahai Faris, awat duduk macam tu...

Berpakaian sedondon tu adik-adik pengantin..Che Mid suka baju mereka. Sangat outstanding tapi sweet..

"In between" majlis..dapat info dari Che Abang yang air banjir dah surut, dia dan Farhan bertungkus lumus membersihkan rumah. Deeja pun ikut kemas rumah jugak...main air he he..

Kawan-kawan pun ada yang whatsaap, beri semangat supaya fokus pada tugasan. Kelakarnya, ada yang tulis, " Jangan risau ya..rumah kau takkan hanyut.." 

Pada anda di luar sana yang ingin mengambil kami untuk mengacara, sila hubungi Che Mid di 013-3672459 .


Bersama Fakhrul Radhi UNIC

$
0
0
Assalamualaikum sahabat tersayang...Sibuk lagi Che Mid ni ya



Sudah pun diadakan pada 31 Mei lalu. Memang sibuk sikit untuk menjayakan program ini kerana ada pertandingan yang dianjurkan juga. Pertandingan ucapan hari ibu dan pertandingan fotografi keluargaku syurgaku. Tapi mari kita tengok apa ada dengan Ustaz Fakhrul Radhi ni.

Dari musim AQ 3 dulu memang Che Mid kagum dan teringin sangat jumpa, dan Allah beri izin dan kami berjumpa beberapa kali sebelum ini. Memang ustaz seorang yang sangat baik, rendah diri dan sangat berbudi bahasa. Kebetulan pula. Jadi, untuk program di tempat Che Mid ni, tanpa ragu-ragu Che Mid jemput ustaz datang untuk berceramah.

Ustaz memulakan ceramah dengan memperdengarkan bacaan al-Quran..masyaallah tabarakallah..sangat-sangat sedap dan indah alunan suara ustaz. Syukur sangat dapat dengar secara live. 

Dalam ceramahnya yang bertajuk Ibu Permaisuriku, Ustaz banyak menyelitkan hal-hal ketaatan kepada ibu bapa. Bila ditanya bagaimana cara ibunya mendidik sehingga dapat melahirkan seorang hafiz dan sangat merendah diri, ustaz menjawab bahawa ibunya memberitahu tiada apa yang kekal di dunia dan tidak ada satu pun menjadi milik kita selamanya kerana semuanya milik Allah.  Satu lagi tips yang ustaz beri dalam mendidik anak-anak ialah dengan cara 'ajar dan ajak'. Maknanya, beritahu dan buat bersama-sama dengan anak-anak.



 Soul Brothers juga tidak ketinggalan mengadakan persembahan dengan lagu Arab berjudul Enti Malak, sebuah lagu berkaitan dengan Ummi atau Ibu.
 
 Selesai majlis, ahli Soul Brothers tidak melepaskan peluang beramah mesra dan meminta nasihat dan panduan dari Ustaz Fakhrul.

Sambung bersembang semasa jamuan...banyak tips-tips yang ustaz turunkan pada gang Soul Brothers ni..

Kaum bapa pun tak lepas peluang bergambar bersama selebriti ni. Layannnn..



Si kecik ni dengan selambanya datang ke tempat ustaz semasa majlis berlangsung. Terus ustaz peluk Deeja dan berbual. Risau juga Che Mid entah apa dicakapnya.  Tapi tak nak le kacau jadi Che Mid terus ambil gambar ni.



Berbual pun dengan suara lembut je. Beruntunglah ibu bapa yang mempunyai anak sebegini, dan bertuahnya isteri yang dapat suami macam ni. Sejuk hati kan..Allah...

Bergambar sebelum berpisah. Syukran jazilan dan jazakallah khair kathira buat ustaz yang sudi hadir walaupun sibuk dengan program seni bersama UNIC. Eh, macam nampak muda Che Mid dalam gambar ni..kan kan kan...suka i tau..hi hi (teringat ada satu masa tu orang tanya Che Mid Deeja anak sulung Che Mid ke..aduiii..perasan sampai ke langit 7..)

Farah dan Ema, dua anak muda yang rajin melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah. Semoga berterusan ya anak-anak sayang..

Ustaz bergambar dengan tenaga kerja program Hari Ibu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ramai yang tak dapat hadir kerana bertembung dengan jadual peribadi bersempena dengan cuti sekolah.

Deeja menyanyi lagu Bintang Syurga, ustaz pulak tertarik dan suruh Deeja ulang supaya ustaz dapat rakam. Deeja malu-malu, kakak Farah kena teman...

Sampai sini dulu...Insyaallah lepas ni Che Mid tulis tentang acara lain pula ya..

Sesiapa yang teringin jemput Ustaz Fakhrul Radhi atau Soul Brothers ke majlis anda, boleh hubungi Che Mid di 013-3672459

Tafsir al-Quran Hadiah Utama

$
0
0
Assalamualaikum wbrk..sahabat semua, apa khabar..

Kita sambung cerita tentang Sambutan Hari Ibu hari tu ya.

Sewaktu bermesyuarat bincang-bincang tentang hadiah, kami bersetuju untuk bagi kitab dan buku agama sebagai hadiah utama. Hadiah sampingan pulak, tak kisah le..bergantung kepada orang yang nak taja..

Hadiah-hadiah cabutan bertuah yang ditaja oleh sahabat yang pemurah

Untuk pertandingan Ucapan Hari Ibu, peserta yang menang akan menerima hadiah dan ibunya juga turut menerima hadiah. Buku Indahnya Hidup Bersyariat ni adah untuk pemenang pertama, dan ibunya akan menerima Tafsir al-Quran macam di bawah ni. Buku ni, Farah, anak Che Mid yang sponsor..memang Che Mid ada buku ni, pun pemberian orang..isinya memang sangat membantu kehidupan seharian. Boleh diguna sampai anak cucu...

Kami berpendapat, setiap rumah Insyaallah tentu ada al-Quran tetapi masih ramai yang belum ada Tafsir al-Quran. Diharapkan menjelang bulan Ramadhan ini, si penerima dapat memanafaatkan tafsir ini untuk tilawah dan bertadabbur. Percaya tak..kami berjaya mendapatkan tajaan 6 buah tafsir dan 4 buah al-Quran..subhanallah. Sama-sama buat aktiviti sambil beramal. Insyaallah, mudah-mudahan pahala penderma ini akan kekal selagi ilmu dan manafaat berterusan..


Pemenang utama Ucapan Hari Ibu bersama hadiah kemenangan. Memang ada yang masuk bertanding sebab mahukan tafsir al-Quran..belum ada lagi kan..alhamdulillah berjaya.



Ini pulak, menu jamuan ringan kami. Nasi himpit kuah kacang dan mi hun goreng jadi juadah utama. Juga berkonsepkan sama-sama keluar belanja, sama-sama makan. Kami kumpul duit sesama sendiri dan salah seorang akan tolong masakkan. Hasilnya, a real home made dishes...seperiuk besar macam ni pun..licin you..Kuah kacang ini dimasak oleh Jah, dia tak sempat hadir ke majlis ni, tapi sanggup masakkan dulu sebelum bergegas balik kampung. Tabik you la Jah!

Memang sangat sedap, mi hun mak Che Mid yang masak...murah rezeki orang-orang yang tak kedekut tenaga dan kepandaian demi kerja-kerja kemasyarakatan ni kan..

Asalnya tiada acara potong kek, tetapi ada pulak orang luar sudi taja setelah dapat info dari FB Che Mid. Jadi bos dan 2nd bos le tukang potong he he mahap le ya..You potong I suap..


Hasilnya ...red velvet yang mabeles..untuk hidangan hadirin

Air panas dan sejuk siap!! Yang ini ada suami-suami orang yang baik hati tolong buatkan...


Sebakul buah-buahan dan tentunya kuah rojak Che Mid , hadiah cenderahati untuk Ustaz Fakhrul Radhi UNIC yang juga Che Mid 'paksa' jadi juri untuk pertandingan Fotografi. 




Lagi penerima hadiah..

Gambar seterusnya adalah pemenang petandingan Fotografi Keluargaku Syurgaku. Che Mid iklankan dalam FB dan peserta hantar penyertaan melalui whatsapp atau fb. Sambutan amat menggalakkan..

Pemenang pertama - Puan Rusitah... 6 orang anak semuanya perempuan. 



Hamidah Jamil's photo.
Naib Johan , he he Che Mid menang..punya godek gambar ni dalam blog ni. Sebab dalam folder fail dah takdak..Rasanya menang sebab Faris dan Deeja punya expresi kut...cute kan..


Hamidah Jamil's photo.
Tempat ke tiga - Puan Syeema Wahab. Che Mid kata, nape tak letak gambar suami sekali..dah macam ibu tunggal pulak ni..Syeema kata, " Suami tukang snap gambo..he he" Tapi ada gak terselit kat belakang tu kan..sape nampak?

 Hamidah Jamil's photo.
Oh, gambar ini yang paling syahdu dan sentimental sekali. Kalau Che Mid jadi juri, gambar ini akan jadi juara. Sebab apa? Sebab ini adalah contoh seorang suami dan dua orang isteri yang bahagia di samping anak-anak mereka. Yang duduk kiri dan kanan suami itulah isteri-isterinya. Dan satu-satunya menantu ialah lelaki berbaju biru di belakang tu. Seorang lagi anak lelaki tiada dalam gambar sebab sedang mengambil gambar tu.

Seminggu selepas pertandingan ini, Allah telah mengambil nyawa si menantu berasbabkan kemalangan jalanraya. Innalilahi wainna ilahi rojiun. Gambar ini dah jadi kenangan... sebak la pulak..

Hamidah Jamil's photo.
Pemenang saguhati - satu-satu anak tunggal..

Dan peserta ini juga mengambil bahagian dalam pertandingan Ucapan Hari Ibu tapi tidak berjaya. Namun bagi Che Mid, ia adalah ucapan jujur dari hati anak mereka, Badrul Anam. Ucapan ini sampai ke tangan Che Mid dalam sampul dan ber'seal'. Mamanya pun tak boleh baca.

Tetapi setiap penyertaan juga disiarkan di FB Che Mid, jadi mamanya boleh baca di situ. Di bawah ni, Che Mid kopi pes kan untuk tatapan anda..

MAMAKU

Mama, kalau cakap pasal mama mesti tidak tahu hendak cakap apa pasal dirinya. Namanya Nor Baity binti Mustakim . Dia seorang yang istimewa. Jikalau dia sedih, dia akan pura-pura gembira depan saya. Kalau dia sakit dia diam, tapi kalau saya sakit dia gelabah hendak menjaga saya sampai terganggu tidur malamnya.
Dia lapar dia masak sendiri tetapi saya tidak lapar pun dia masakkan untuk saya.

Saya yakin yang semua anak tdak suka dibebel oleh ibu mereka tetapi itulah pendorong dan perangsang untuk kita teruskan hidup.

Walaupun saya dah kahwin saya akan tetap meletakkan mama saya betul-betul dekat hati saya yang sukar dicerobohi ini walaupun sayang pada isteri sendiri. Nabi pernah bersabda sayang ibumu sampai tiga kali barulah ayahmu. 

Terima kasih Mama kerana menjadi Ratu Hati saya.

Alla kulli hal..syukran kathira dan jazakallah khair kepada semua terlibat. Dengan sumbangan dan tajaan, kita dapat jadikan program ini meriah dan bermanafaat. 
Viewing all 99 articles
Browse latest View live