Assalamualaikum sahabat yang dikasihi Allah sekalian..jumpa lagi di saat hujan lebat di sana sini.
Hari tu baru cerita tentang marhaban, tapi hari ni nak cerita lagi. Yang ini special sikit he he.
Hari Sabtu 13/11/2015 di majlis khatam Quran Cik Afzan Idiana anak kepada Dato Azri dan Datin Aida di Puncak Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Mendapat tempahan melalui ANH Wedding Planner, yang mahukan kumpulan marhaban yang boleh bernasyid. Che Mid tak pasti kehadiran ramai ahli kerana hari itu ialah hari Jumaat, hari bekerja. Cuma sasarkan dua buah kereta maksimum 14 orang sahaja. Tapi komitmen ahli sangat mengagumkan, ada yang sanggup bercuti atau ambil cuti setengah hari demi memenuhi tempahan ini. Akhirnya, kami pergi dengan 4 buah kereta.
Memandangakan hari Jumaat yang diketahui lalulintas sesak, kami bertolak seawal jam 8 pagi. Tapi kami sampai dalam pukul 9 pagi, tak sesat pun dan kemudian berhenti minum di kedai berdekatan. Ada yang bawa sarapan dari rumah, jadi kami sama-sama menikmati sarapan pagi sambil borak-borak kosong. Jam 9.45 kami bergerak ke surau berdekatan untuk 'freshen up' sebelum 'sound check' pada jam 10 pagi.

Ini dia bunga telor istimewa dari pengantin. Bunga emas berladung dan telor bertinta nama pengantin.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Bella, personaliti TV9. (Gambar ihsan Google).


Pengantin Cik Afzan Idiana di apit oleh 6 orang saudaranya untuk sama-sama berkhatam Quran. Kami memulakan majlis dengan selawat dan zikir munajat, kemudian pengantin dan kumpulannya mengaji dan diakhiri dengan doa khatam Quran. Kami sudahi majlis dengan marhaban beramai-ramai. Kemudian pengintin diiring keluar ke halaman untuk sesi bergambar dan memotong pulut kuning.

Menerima cenderahati berupa sebuah beg yang berisi pulut kuning rendang dan bunga telor.

Bergambar dengan Dato, Datin dan pengantin.

Kemudian kami meneruskan persembahan yang merangkumi nasyid dan qasidah. Antaranya ialah Ya Badrotim, Taqwa (Opick) dan Qasidah Assamualaik dan Ya Rasulullah Ya Nabi.

Dengan staf ANH Wedding Planner yang berhubung dengan Che Mid. Maklumbalas dari mereka ialah
1) Semua orang suka dengan persembahan kami - Tuan rumah, tetamu dan staf bertugas.
2) Katanya, memang sukar untuk mencari kumpulan marhaban yang boleh bernasyid sekali dan kami boleh bawa lagu yang up todate. Ada campuran lagu lama dan baru.
3) Mulanya mereka ingat kami ni kumpulan orang-orang tua, tapi terkejut bila nampak kami semua muda-muda. He he, Che Mid kata dalam kumpulan kami ni ada nenek-nenek juga. Cuma kami jaga penampilan dan pemilihan pakaian supaya nampak segar dan 'muda'.
4) Mereka mahu kami siapkan video melalui whatsapp supaya mereka boleh rujuk kepada bakal-bakal pengantin untuk masa akan datang.


Syukran jazilan kathira pada kawan-kawan yang ikut serta. Kalau boleh kawan-kawan lain pun ikut juga, tapi apakan daya ada komitmen lain yang harus didahulukan.

Buah hati hamba yang 'lead' lagu-lagu..

Orang kuat Helwa.. dua yang kiri tu dah bergelar nenek..

Dua beradik yang sangat sayangkan Helwa.. Ani dan Azma. Sanggup cuti dari tugas untuk pastikan Helwa boleh 'perform' dengan bagus.

Lagi pengikut setia..

Bunga telor yang sangat cantik..dan berat..kalau tukar duit mau kayoooo..
On the way balik ke Klang, geng sekereta Che Mid sempat singgah pekena cendol. Ingatkan boleh le duduk bawah pokok sambil makan laksa ke rojak ke..tapi hujan lebat masa tu.

Jadi kami order dan bawa ke kereta saja.

Jom nyendolll!!
Che Mid selalu anggap yang jemputan marhaban sebagai 'ladies day out' untuk ibu-ibu. Tinggalkan famili dan kerja rumahtangga yang tidak pernah habis untuk bersosial 'dressed up' sedikit disamping memenuhi majlis zikir dan solawat. Insyaallah pahala dapat, enjoy pun dapat.
Selepas ini kami akan ke Cheras, bermarhaban di sana pula pada 28/11/2015. Nak jemput kami? Hubungi Che Mid di 013-3672459 ya..
Ma'assalamah wa ilalliqa'..