Minggu lepas Che Mid mengacara di majlis resepsi anak Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Rahim bin Abu Bakar. Bertempat di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam.
Dewan dihias indah oleh Sajian D'Hidang Catering..sangat 'sweet' dengan warna yang lembut dan susunan hiasan yang tidak terlalu sesak.
Pelamin baru juga dari Sajian D'Hidang Catering. Menurut si pereka, kain latar berwarna putih dibeli di China itu dari jenis kain baldu. Bersaiz besar..sesuai untuk majlis di dewan..kalau di rumah..emm.. kat mana pulak nak letak pelamin saiz macam ni kan..kecuali kalau punya kawasan yang sangat luas.
Berbaju kemeja petak-petak sebelah kiri tulah pereka pelaminnya..dan bertudung biru gelap tu pulak tuan punya Sajian D Hidang..Puan Marshidah.
Bersiap sedia di sudut .. tunggu pengantin datang..kalau ada yang tanya Che Mid, berdebar-debar tak nak memulakan majlis?..Jawabnya... ada sikiiit nervous la..he he.
Berbaju pink tu ialah Puan Ju, mak pengantin perempuan, besan tuan rumah. Dialah yang tukang rekemen Che Mid jadi emcee. Sebenarnya, Che Mid diminta untuk mengacara di kedua-dua majlis resepsi; sebelah pihak perempuan dan lelaki. Tapi tarikh di pihak perempuan 'clash' dengan job lain. Jadi Che Mid mengacara untuk majlis pihak lelaki sahaja lah. Tahun lepas, Puan Ju pernah dengar suara Che Mid di satu majlis, tertarik katanya...tu yang dia beria-ia nakkan Che Mid. Terima kasih banyak kak, rezeki Allah beri melalui Kak Ju.
Tak lepas peluang bergambar dengan ahli muzik Istana Budaya. Che Mid berjumpa mereka semasa rehearsal di sana. Sangat baik hati dan mesra. Tak kekok pun bekerja dengan mereka ni.
Al-Fadhil Ustaz Amir membacakan solawat ketibaan pengantin dan doa selamat. Ustaz ini memang menggunakan suaranya untuk menarik perhatian tetamu fokus kepada doa yang dibacanya. Petugas PA Sistem pula menambah kesan bunyi menjadikan suara ustaz bergema. Doanya pula padat dan khusus untuk kesejahteraaan pengantin dan majlis yang berlangsung..tidak meleret. Hebat!!
Ketibaan masuk kedua mempelai, Mohd Firdaus Dato' Rahim dan Dr Shafeeka Ajla Shaharuddin. Yang berbaju hijau itu adalah para pegawai dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah yang ditugaskan untuk menyantuni jemputan khas. Jodoh kedua pengantin tiba selepas diperkenalkan oleh kedua-dua pihak. Selepas dua bulan setengah dipertemukan, mereka terus mengikat tali pertunangan.
Pengantin diapit oleh adik-adik pengantin lelaki, Naim dan Fatin.
Selamat pengantin baru Firdaus dan Ika..
Che Mid sedang bertugas..turut mengalunkan serangkap dua lagu "Syurga Ditelapak Kaki Ibu" dan "Kasihnya Ibu" semasa kedua ibubapa naik ke pelamin untuk menepung tawar pengantin.
Paduan suara Istana Budaya dan Bintang Klasik yang amat menarik..
Tetamu VVIP ialah adinda Sultan Selangor iaitu YAM Tengku Panglima Diraja Selangor, YAM Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj..ha ha..(boleh tergeliat lidah menyebutnya kan..) Pertama kali Che Mid mengacara dengan VVIP macam ni. Saspen juga, takut tershashul..tapi pembantu khas YAM datang berjumpa Che Mid sebelum majlis bermula untuk periksa skrip dan tambah mana yang patut. Kertas skrip tu jadi kelam kabut jugalah dengan tambahan ayat-ayat dan istilah istana. Tapi Alhamdulillah, segalanya berjaya dituturkan dengan baik..
Che Mid diapit oleh tuan rumah, Dato Rahim Abu Bakar dan Datin Paziah.
Yang tengah tu penyanyi jemputan iaitu Cik Rashidah Abd Rahim, pemenang Bintang Klasik 2012. Suara memang lembut mendayu-dayu, memang sesuai dengan lagu-lagu irama tradisional yang dibawanya. Personalitinya juga bagus, lemah lembut dan sopan. Semoga terus menempa nama ya dik!
"Teamwork" yang bagus dari pihak tuan rumah, Istana Budaya dan pihak Dewan menjadikan tugas Che Mid menjadi mudah dan lancar. Rasa lega di hati bila esok paginya dapat mesej dari datin, " Kami sekeluarga puas hati dan t kasih."..Alhamdulillah wa syukurillah..bukan mudah nak puaskan hati orang dan bukan mudah nak mengacara majlis orang tau!
Dua peneman setia yang nakal... Akif dan Faris...terima kasih daun keladi..lain kali ikut lagi..
Untuk tempahan, sila hubungi Che Mid di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com. layari fb Yahanana Events untuk lebih info menarik!