Quantcast
Channel: CHE MID
Viewing all articles
Browse latest Browse all 99

Lain Majlis, Lain Citarasa

$
0
0
Assalamualaikum sahabat semua dan selamat bercuti pada yang jalan-jalan cari makan dengan anak-anak dan keluarga. Musim cuti sekolah juga musim kenduri..tak hilang bau nasi minyak di tangan gamaknya he he.

Hari ini Che Mid nak kongsikan sikit majlis kawen yang lain dari biasa. Tapi bukanlah majlis gah sakan, cuma majlis biasa tapi pengantin cuba merealisasikan impian perkahwinan mereka. Mungkin ada tambahan sedikit dari segi modal tapi yang pasti 'homework' dan usaha  juga kena lebih seperti mencari petugas-petugas tambahan, kostum dan alatan. Jom tengok..

Majlis yang pertama ialah majlis persandingan ala pertabalan Raja Melayu. Diadakan di rumah pengantin perempuan.  Perarakan masuk pengantin didahului dengan barisan pendekar lengkap berbaju Melayu dan bertanjak.

Che Mid tak pasti samada pengantin lelaki ini memang berketurunan raja atau bukan. Dalam gambar kelihatan pengantin sedang mengucup keris. 

Perisytiharan atau pertabalan Raja Sehari 

Doa selamat 

Pembawa alat kebesaran Diraja


Tiupan dari sejenis alat muzik selepas perisytiharan pertabalan.

Che Mud dan Farah mengacara majlis sempat bergambar dengan Chef Fikri yang menjadi salah seorang pegawai Istana. Sedondon pula kami he he..

Majlis berjalan dengan lancar kerana kami dah berbincang awal walaupun hujan turun semasa pengantin tiba. Che Mid tambah dengan bersyair sewaktu acara menepung tawar pengantin. Ramai tetamu tertarik dan menumpu perhatian sewaktu acara berlangsung. Tahniah pada pengantin lelaki yang bertungkus lumus menjadikan impian itu realiti. 

Majlis kedua ini pula berlangsung di dewan. Bukan pengantin yang sama..orang lain. Adik ipar pada kawan baik Che Mid. Juga bertemakan adat tradisi Diraja Melayu.





Perarakan masuk Permaisuri menggunakan tandu. Anak-anak buah yang menjadi petugas mengangkat tandu. Juga siap berbusana sesuai. 

Mujur pengantin perempuan je yang naik tandu. Kalau dua-dua sekali, mau pengsan si tukang tandu..

Tu dia pengantinnya. Tentu gembira sangat dapat bersanding dengan cara yang diingini. 


Pengantin diapit oleh dayang dan pengawal istana..

Tengok pelaminnya..penuh awan larat dan ukiran Melayu..tentu bukan sedikit usaha pengantin mencari butik pengantin yang boleh menyediakannya. Namun berbaloi rasanya kan..


Majlis ke tiga ni..stail 'Garden Wedding' tapi diadakan di rumah sendiri. Menggunakan apa yang ada di halaman rumah dan dihias dan tokok tambah dengan bunga-bungaan dan props. Hasil simple, cantik tapi elegan. Ini adalah majlis walimatul urus anak lelaki Inani Creative. 


Lampu dan bunga hiasan bergantungan di laman..



Bunga-bunga palsu diolah dengan pokok-pokok asli dan selang seli dengan gambar pengantin..seolah menggamit tetamu duduk sambil tersenyum manis..

Lagi bunga-bungaan di laluan..ada tong tembikar ..


Di meja santapan beradab.. amboi makcik pengantin ikut naik seri duduk celah mungee..

Adik beradik pengantin dan ayah-ayah saudara lepak dengan props..vespa lama..beg-beg lagej lama dan basikal tua..


Pinkies...emak pengantin duduk tengah. Yang lain-lain tu mak sedara yang vouge dan gojes.


Tak cukup pencahayaan..tapi ala-ala manja gitu kan.  Majlis ini tak jemput ramai, cuma 500 orang sahaja. Jadi boleh bayangkan majlis ini santai dan tak kecoh. Eksklusif untuk keluarga pengantin, besan, sedara dan kawan rapat saja.

Itu dia..beberapa majlis yang cantik dan lain sedikit...tepuk dada tanya selera..

Untuk tempahan, sila hubungi Che Mid di 013-3672459 atau layari fb Yahanana Events ya..Ma'as salamah, wa ilalliqo'

Viewing all articles
Browse latest Browse all 99

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Papa Jack Tagalog Love Quotes and Advice for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.