Assalamualaikum..ahlan wa sahlan...
Pada pukul 10 pagi, kumpulan Marhaban Helwa mengambil tempat di ruang tamu untuk bertahlil, tahnik, berzanji, marhaban dan cukur jambul diakhiri dengan lagu qasidah. Tamat lebih kurang pukul 11.45 pagi.
Bermula minggu pertama April dah... sekejap je hari berlalu. Harapan kita semoga setiap detik yang dilalui akan dipandang Allah dan Dia redha akan setiap langkah perbuatan kita, Amiin.
Alhamdulillah, syukur pada Allah swt, dari akhir bulan Februari hingga Mac, Che Mid tak menang tangan memenuhi jemputan mengacara dan berqasidah atau marhaban. Hari ni, Che Mid nak 'cover' acara istimewa iaitu pakej :-
1) pa sistem
2) marhaban
3) nasyid / qasidah
4) mengacara
untuk majlis aqiqah dan cukur jambul baby Nuradelia Arissa bt Mohd Firdaus. Pertama kali dapat tempahan sebegini dan puashati dengan hasilnya. Alhamdulillah.
Baby Arissa dengan nenek, Puan Kaminah dan mamanya, Puan Ezzaty Asmaa.
Pada pukul 10 pagi, kumpulan Marhaban Helwa mengambil tempat di ruang tamu untuk bertahlil, tahnik, berzanji, marhaban dan cukur jambul diakhiri dengan lagu qasidah. Tamat lebih kurang pukul 11.45 pagi.
Baby Arissa sedang di tahnik oleh nenek tersayang dengan disuap buah kurma dan air zam-zam sambil Che Mid membaca doa khusus.
Bercukur jambul pula..
Antara kawan-kawan marhaban.. terima kasih semua, walaupun jadual padat kerana bertembung dengan cuti sekolah, tapi kedatangan amat menggalakkan.
Tamat marhaban, kami makan tengahari sambil pa sistem menyiarkan lagu-lagu nasyid. Pukul 12 tengahari acara nasyid dan qasidah bermula. Kumpulan nasyid Soul Brother bergantian dengan team Che Mid yang terdiri dari Che Mid, Ruzi dan Dila.
Kami ditempatkan di wakaf di halaman yang cantik ini... yang perempuan duduk bersimpuh. (Memang Che Mid suka duduk saja..tak perlu tunjuk fizikal sangat, yang penting suara kita dapat sentuh hati-hati yang mendengarnya terutama pujian dan selawat kepada Nabi dan syiar kebesaran Allah swt.
Yang lelaki di berdiri di hadapan wakaf, tetamu pula duduk di bawah khemah..suasana cukup santai tetapi meriah. (Farhan tak ikut serta hari ni, sebab ada job Fotografi di Kuala Selangor..)
Banyak lagu zikir dan qasidah yang tak berapa hafal, jadi banyak la kitab dan kertas di hadapan kami...he he. Majlis berhenti sekejap ketika masuk waktu Zohor dan bersambung kembali dan berakhir menjelang 'Asar. Antara lantunan suara yang dibawa ialah Asma ul husna, Fattabiouni, selawat, Ya Badrotim, Lau Kana Bainana dll.
Pada sesiapa berminat untuk menempah kami di Yahanana Events, hubungi Che Mid di 013-3672459 ya!