Quantcast
Channel: CHE MID
Viewing all articles
Browse latest Browse all 99

Innalillah..

$
0
0
Dua tahun lepas, seseorang telah menjumpai Che Mid di blog ini secara tidak sengaja semasa mencari info tentang tempat asal kelahirannya. Kebetulan Che Mid buat entri mengenai ziarah saudara mara sebelah abah dan beliau dapat mengecam gambar-gambar yang tersiar.

Susur galur keluarga yang jauh, dia di sebelah moyang di Johor dan Che Mid di sebelah datuk di Selangor, tidak menghalang dia untuk mendekati kami; sesuatu yang amat jarang dilakukan oleh orang-orang sekarang. Sedangkan melawat sepupu sendiri pun belum tentu inikan pula pangkat 2,3,4 pupu yang tak pernah ditemui sepanjang hayat.

Tapi itulah yang dilakukan oleh dia ini.

Pertemuan pertama kami dan keluarga sebelah Che Mid adalah pada Hari Keluarga Haji Ismail pada 2012. Sejak itu, dia sering berkunjung apabila ada jemputan kenduri kendara dan memastikan kaum keluarganya juga saling berhubungan.



Gembiranya bertukar cerita, bertanya asal-usul masing-masing..subhanallah..besar pahala orang yang menyambung silaturrahim. Dia tu berada no 2 dari kiri, Azam namanya.


Lagi gambar kenangan..

Hari Ahad lepas, Che Mid dikejutkan dengan berita Azam meninggal dunia secara tiba-tiba..hanya disedari isterinya sebelum subuh. Innalillahi wainna ilahiroji'un. Allah mengizinkan Azam berada di dunia ini selama 53 tahun, meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak lelaki berumur 25 dan 10 tahun dan seorang anak perempuan yang sedang menjalani latihan praktikal di Pekan, Pahang. 

Rupanya sewaktu ibu dan anak lelakinya lena dibuai mimpi di tengah malam dia meninggal, dia menghantar sms pada anak perempuannya, " Abah sakit, nak ubat." Itulah pesanan seorang bapa kepada anak perempuan kesayangannya.


Kami memutuskan untuk menziarahi keluarga jenazah di Johor. Bertolak lewat sikit sebab ada majlis marhaban yang mesti dihadiri. Tengok dalam gambar tu, masih berpakaian sedondon marhaban kami..dek mengejar masa.

Photo: Takziah buat Puan Nafisah dan keluarga atas kepulangan suami dan ayah dikasihi Mohd Azam Sulaiman atau Ajam Jam atau Mose Azam Mose Azam  Allahumma firlahu warhamhu wa 'afihim wafu'anhu
Wajah isteri dan anak perempuan, di malam pertama tahlil arwah..kelihatan tenang, amat-amat sedih tetapi tenang dan redha. tak terbayang rasanya mengejutkan suami yang disangka tidur, rupanya telah pergi buat selama-lamanya. Pelukan dan genggaman tangan erat sahaja yang mampu diberi. 

Moga Nafisah dan anak-anak kuat menghadapi hari-hari mendatang dengan baik. Sejuk hati melihat anak lelakinya menjadi imam sewaktu solat jamaah Maghrib. Tanda anak soleh yang mendoakan arwah bapanya. Al-Fatihah untuk arwah Mohd Azam bin Sulaiman. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afini wa fu 'anhu.

Photo: Kaq Yanie kata adik ke tu.. Che Mid dan Amalina..juga pertama kali berkenalan..
Gambar ini tiada kena mengena dengan Azam, tapi orang yang hadir mengatakan kami seiras, macam adik beradik. Tak pernah kenal sebelum ini, Puan Amalina ialah seorang berbangsa Iban dan memeluk Islam apabila berkahwin dengan saudara Azam.

Photo: Kaq Yanie...gambar kita dan Amalina..
Kak Yanie, sebelah kiri sekali, juga diperkenal oleh Azam melalui facebook tapi kami hanya bertemu wajah pada hari kematian beliau. Masyaallah..

Doa Che Mid semoga Allah menerima segala amal baik arwah termasuk diberi ganjaran kerana menyambung silaturrahim yang semakin menjauh antara saudara mara di Johor-Selangor. 

Moral of the entry : Jadilah orang yang menyambung silaturrahim kerana ia melebarkan pintu syurga, dan jangan sekali-kali jadi orang yang memutuskan silaturrahim kerana neraka adalah tempatnya. Pada sesiapa yang bergaduh lama, terutama dengan adik beradik dan keluarga, cari jalan berbuat baik secepat mungkin kerana mati tidak boleh ditunda. Wallahu a'lam


Viewing all articles
Browse latest Browse all 99

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes